Terjatuh Masa Tengah Menyanyi, Zarol Zarif Sempat Cover Malu!
Fiza Kamarudin
18/09/2019 02:54 MYT
18/09/2019 02:54 MYT
Dua hari lalu, penyanyi Zarol Zarif telah memuat naik sebuah video terjatuh ketika sedang membuat persembahan di sebuah mini showcase amal.
Video tersebut terakam secara tidak sengaja oleh salah seorang rakan seangkatan Zarol di Akademi Fantasia 2016, Jasper, yang turut sama menyanyi ketika berada di belakang pentas.
Ketika insiden berlaku, Zarol sedang mendengkan lagu berjudul Cinta Biasa nyanyian Andesh Kamaleng sebelum tersalah langkah ketika mahu turun daripada pentas.
Bagaimanapun, Zarol mendapat tepukan gemuruh penonton kerana tidak menghiraukan kesakitan akibat terjatuh, sebaliknya sambung menyanyi seperti biasa.
Menurut Zarol yang berkongsi insiden tersebut di laman sosial Instagram (IG), ini merupakan kejadian pertama berlaku sejak dia bergelar penyanyi.
“Sepanjang berpuluh tahun menyanyi di pentas, ini pengalaman pertama jadi macam ni. Masa dah jatuh tu perasaan bercampur baur.
“Malu, sakit dan tak tahu apa patut buat. Tapi bila fikir ada yang dah beli tiket untuk tengok saya menyanyi, saya teruskan juga.
“Dalam situasi macam tu, penonton bagi tepukan tanda ‘support’, saya rasa sebak. And also, terima kasih Jasper kerana datang selamatkan keadaan ketika saya sedang menahan malu, untuk alihkan perhatian orang,” kongsinya.
Tambah Zarol, insiden tersebut menyebabkan sikunya bengkak.
“Hasil daripada jatuh itu, siku saya bengkak kerana masa jatuh tu saya tahan guna siku. Terima kasih mama sebab tolong urutkan tangan,” katanya.
Dalam pada itu, Zarol sempat memohon maaf kepada penganjur mini showcase tersebut sekiranya kejadian itu mencacatkan acara.