Laman Utama

Terjual RM10 Juta, Kasut Michael Jordan Catat Sejarah Barangan Atlet Termahal Dilelong

Maliah Surip
12/04/2023
15:40 MYT
Sepasang kasut atau sneakers milik pemain bola keranjang legenda, Michael Jordan mencatat rekod sebagai kasut paling mahal yang pernah dijual.
Kasut yang hanya baru sekali dipakai dan mempunyai tanda tangan bertulis Sotheby tersebut dijual pada harga sekitar RM10 juta dalam satu lelongan.
Kasut dari jenama The Air Jordan XIIIs tersebut dipakai Jordan dalam pertandingan terakhir pada musim Chicago Bulls untuk 1997-98.
Ia menjadi item paling mahal milik Jordan yang pernah terjual dalam lelongan. Jordan memakai kasut bersaiz 13.
Sebelum ini jersey miliknya yang dipakai sewaktu perlawanan final NBA 1998 terjual dengan harga sekitar RM11 juta pada tahun 2022.
Sebelum ini sepasang kasut Nike Air Ships milik Jordan juga pernah dibeli pada nilai sekitar RM7 juta pada tahun 2021.
Jordan mula memakai kasut dari jenis Air Jordan pada tahun 1984 sewaktu baru menyertai Chicago Bulls. Air Jordan kemudian menjadi kasut yang popular dan telah dikeluarkan dalam 30 jenis model sejak itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Konsep Moden & Santai, Perkampungan Sukan Olimpik Paris 2024 Tampil Kelainan

gempak
25/07/2024
08:25 MYT
Perkampungan Sukan Olimpik Paris 2024 menampilkan kelainan dan keunikan tersendiri menerusi konsep rekaan mesra atlet.
Hollywood

Celine Dion Dibayar RM9 Juta Untuk Nyanyi Satu Lagu Di Olimpik Paris 2024

gempak
25/07/2024
00:30 MYT
Khabar angin legenda pop terkenal dunia Celine Dion akan tampil kembali di upacara perasmian Sukan Olimpik Paris, awal pagi Sabtu ini semakin bertiup kencang.
Gaya Hidup

Digugurkan Dari Kempen Kasut Retro, Bella Hadid Upah Peguam Saman Adidas

gempak
22/07/2024
10:25 MYT
Supermodel terkenal berdarah campuran Palestin, Bella Hadid dilaporkan mengupah sepasukan peguam untuk menyaman syarikat pakaian sukan berpangkalan di Jerman, Adidas.
Sukan

"Mahu Lahirkan Lebih Ramai Pelumba Motosikal Negara" - M8 Pushbike, ZK Racing Anjur Pertandingan Pocketbike

gempak
21/07/2024
11:57 MYT
M8 Pushbike dan ZK Racing bakal bekerjasama mengadakan perlumbaan pocketbike berskala besar yang akan diumumkan kelak sebagai langkah mula meneruskan kesinambungan sukan dua roda ke arah permotoran.
Sukan

Pengusaha Restoran Paris Dakwa Rugi Akibat Sukan Olimpik

gempak
21/07/2024
03:50 MYT
Pengusaha restoran di Paris merungut mengenai penurunan pengunjung berhubung penganjuran Sukan Olimpik 2024, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).