Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Terkedu Zhiddin Aziz! Ada Lelaki Nak Ikut Masuk Bilik Hotel Ketika Di Makkah - “Terkejut, Cuak & Terkilan, Perbualan Itu…”

Asyikin Mayudin
25/10/2024 08:25 MYT
Pempengaruh media sosial, Zhiddin Aziz berkongsi momen yang amat mengejutkan di mana dia secara tiba-tiba didatangi seorang lelaki ketika berada di sebuah hotel di Tanah Suci, Makkah.

Nak ikut masuk bilik

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, anak kepada pengacara televisyen, Allahyarham Aziz Desa, individu tersebut berhasrat mahu mengikutinya ke bilik untuk meluangkan masa bersama.

“Adakah anda tinggal bersendirian di bilik hotel? Ibu awak dah ada di bilik (hotel) atau belum? Cantik kalau begitu, mari ke bilik awak? Saya mahu luangkan masa bersama,” kata lelaki itu.

Terkejut dengan permintaan lelaki itu, Zhiddin kemudiannya menolak pelawaan tersebut dan mendoakan agar individu terbabit sentiasa berada di bawah perlindungan Allah SWT.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah Kena 'Cuit', Baby Shima Sindir Zhiddin Aziz 'Terpaling Ikon'!

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Arwah Aziz Desa Didakwa Ciplak Teks Juara Pemidato Dunia, Abang Tampil Beri Penjelasan

ARTIKEL BERKAITAN: Oh Rupanya Zhiddin Aziz Anak Ikon Penyiaran, Allahyarham Aziz Desa…Patutlah Petah Bercakap Macam Ayah Dia…

“Terus terang, awak ini gay ke? Simpan sahaja niat awak itu. Saya tak mahu menjadi salah seorang daripada anda. Tolong tinggalkan saya, saya tak mahu ada dalam perbualan ini lagi,” tegasnya.

Mohon maaf

Bagaimanapun lelaki tersebut kemudiannya memohon maaf kerana telah membuat Zhiddin berasa tidak selesa sebelum berlalu pergi meninggalkan pempengaruh itu.

Sementara itu, Zhiddin melalui ruangan kapsyen mengingatkan kepada wargamaya bahawa perbuatan dosa tetap ada walau di mana pun kita berada.

“Ini saya berada di lobi hotel Makkah dan lima minit saja dari Kaabah. Tetapi, perangai orang begini tetap ada. Video ini untuk mengingatkan bahawa walau di mana pun kita berada, dosa itu tetap ada,” katanya.

Perkongsian Zhiddin itu telah meraih perhatian wargamaya yang kecewa dengan tindakan lelaki tersebut yang tergamak mahu melakukan dosa besar ketika berada di Tanah Suci.

Malah, Zhiddin turut membalas salah satu komen netizen dengan mengatakan dia berasa terkejut dan terkilan dengan tindakan individu tersebut.

“Ya perasaan saya waktu itu bercampur, terkejut, cuak, terkilan dan macam-macam la. Sepanjang perbualan itu saya macam tak percaya saya ada di Makkah. Perbualan itu tak patut ada di situ,” katanya.

undefined
#Hubungan Sejenis #Makkah #Tanah suci #Zhiddin Aziz #Zhiddin terkejut
;