Akhirnya cameo dalam drama bersiri The Maid terbongkar dalam episod khas membawang dalam penjara minggu lalu.

Kemunculan pelakon Didie Alias di akhir episod itu menimbulkan pelbagai persoalan tentang siapakah sebenarnya dia dalam cerita tersebut.

Lebih suspen lagi dalam episod malam ini, Didie yang dilihat bertindak sebagai warden penjara telah menemui sesuatu yang membuatkan dia seolah-olah berang dengan pembantu rumah Fika iaitu Ratu.

Dalam pada itu, Ratu terkejut apabila menerima satu sampul surat. Sampul surat putih itu diserahkan kepadanya ketika berada di dalam penjara.

Apakah isi dalam sampul surat tersebut? Apakah yang berlaku dalam episod kedua atau terakhir The Maid khas membawang dalam penjara ni? Apa lagi yang dibongkar Ratu?

Semua persoalan itu bakal terjawab dalam The Maid jam 9.30 malam ini di Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104).

Jika anda terlepas untuk menonton epsiod terdahulu, anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand dan buat carian The Maid.

The Maid menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Norman Hakim ,Mira Filzah, Sherry Al Hadad, Datin Paduka Eina Azman, Ezzaty Abdullah, Zarina Zainoordin, Ieda Moin, Nadya Shahera, pengacara Gempak TV iaitu Isha Norsham dan Siti Khadijah.

The Maid mengisahkan seorang lelaki bernama Jayden seorang penulis novel yang popular. Di mata masyarakat, Jayden dan empat isterinya hidup dengan penuh harmoni dan kasih sayang tetapi sebenarnya tidak. Setiap daripada mereka membenci antara satu sama lain dan hanya berpura-pura bahagia.

Bagaimana pun, hanya pembantu rumah mereka sahaja tahu cerita sebenarnya. Konflik timbul bermula dengan kematian isteri keempat Jay iaitu Elisa lakonan Mira Filzah. Elisa dijumpai mati ketika Jay dan isteri-isterinya mengadakan makan malam dan ketiga-tiga isteri Jay yang lain merupakan suspek pembunuhan.

Penyiasatan bermula dan rahsia demi rahsia milik isteri Jay telah dibongkar. Situasi menjadi lebih misteri apabila Citra lakonan Siti Khadijah Halim muncul sebagai pembantu rumah yang baru.

Siapakah dalang disebalik kematian Elisa? Semuanya bakal dibongkar dalam drama bersiri THE MAID setiap Rabu, jam 9.30 malam di Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104). Anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand.