VIRAL
"Terkejut Juga Orang Fitnah Saya Suka Makan Free" - Fara Mendoza
Pempengaruh sensasi Fara Mendoza tampil bersuara gara-gara namanya antara individu yang dipetik susulan dakwaan tular influencer mahu makan percuma.
Jelas Fara menerusi hantaran di Instagram Stories, dakwaan itu merupakan satu fitnah dan menegaskan dirinya bukan individu yang kedekut dalam bab belanja makan.
"Saya bab makan tak pernah kedekut, memang suka belanja orang makan. Tak pernah berkira, yang tahu je tahu saya macam mana. Yang rapat, yang kenal mesti tahu.
"Terkejut juga orang fitnah saya suka makan free? Fara tak nak bayar makan. Allahu... Fitnah!" tulisnya.
Jelas Fara lagi, dia tidak pernah menjamah makanan di kedai makan tanpa membayar melainkan dipanggil untuk sesi reviu.
"Seumur hidup saya tak pernah makan tak bayar kecuali saya dipanggil untuk reviu kat kedai makan tu.
"Kepada orang yang fitnah saya 'Alhamdulillah'. Terima kasih sebab korang bagi pahala free kat saya," tambahnya.
.jpg)
Terdahulu, timbul dakwaan ada individu mendakwa dirinya influencer yang hadir ke kedai makan kononnya mahu membuat reviu makanan yang dipesan tanpa mahu membayarnya.
Walaupun tidak menyebut nama, ramai netizen membuat spekulasi dan mula mengaitkan nama pempengaruh terkenal, Fara Mendoza.
Tonton video di sini.