Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN.MY, Mawi meluahkan rasa syukur apabila syarikat produksi miliknya, Mawi World Entertainment Sdn Bhd mendapat pengiktirafan.

Menceritakan kembali momen gembira itu, Mawi menyatakan dia sendiri terkejut apabila isterinya, Ekin Rahmat memberitahu menerima jemputan untuk menghadiri sebuah acara anjuran Niaga Times.

“Terkejut saya bila Ekin bagitahu yang kami dapat jemputan untuk hadir ke majlis ini. Made For The World Excellence Awards 2022 anjuran Niaga Times.

“Alhamdulilah syarikat produksi saya, Mawi World Entertainment Sdn Bhd yang saya mula tubuhkan bersama isteri pada tahun 2009 telah diberi pengiktirafan Best Film Production Company Of The Year,” coretnya.

A post shared by MAWI @ZAYAN.MY (@cahayaasmawi)


Dalam pada itu di ruangan komen, rakan-rakan artis juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada Mawi dan isterinya atas kejayaan tersebut antaranya Fakhrul UNIC, Faizal Ismail, Khai dan Rosma.


Untuk info, syarikat produksi Mawi juga telah menerbitkan program dalam pelbagai genre seperti talkshow, gameshow, dokumentari, majalah, drama bersiri, telemovie, supertelemovie dan filem.

Antara filem arahannya adalah Tiada Tajuk dan Hantu Kuat Ketawa.

Jangan lupa, undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.