Terkena Badi Lagu Baru? Baby Shima Benar-Benar Jatuh Sakit!

Syafiqah Jalal
Oktober 5, 2019 05:33 MYT
Penyanyi Baby Shima berkongsi rasa aneh apabila secara kebetulan, dia jatuh sakit pada hari pelancaran single terbarunya yang berjudul Sakit.
Menurut Shima, dia tidak percaya lagu tersebut ‘bernyawa’ hingga menyebabkan dirinya sakit namun menganggap ia hanya kebetulan sahaja.
“Semua berlaku secara kebetulan.. tapi aneh bagi Shima.. Baru hari ni release lagu judulnya SAKIT di YouTube Nagaswara Official.. tapi Shima jatuh sakit juga pada hari inj.
“Orang cakap setiap lagu bernyawa? Benarkah? Tapi Shima tak percaya benda-benda macam tu.. Mungkin sakit hanya kebetulan pada hari yang sama Shima jatuh sakit..,” tulisnya.
Bekas peserta Big Stage musim pertama itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, Shima memuat naik fotonya yang terbaring di atas katil hospital.
Shima bagaimana pun meminta maaf kerana tidak dapat melakukan promosi ke atas lagu baru tersebut dan berharap agar dia segera sembuh.
“Doakan Shima cepat sembuh. Maaf harini Shima tak dapat promo lagu sakit. Please support lagu sakit, komen dan bantu share,” katanya lagi.
Entri tersebut turut mendapat perhatian peminat dan pengikutnya yang turut mendoakan agar dia segera sembuh.
Baby Shima membina kerjayanya seni suaranya di negara seberang Indonesia sebagai penyanyi dangdut.
#Penyanyi #Sakit #hospital #Penyanyi #Hospital #Sakit #Baby Shima