Terkena Demam Panas & Jangkitan Kuman, Emma Maembong Masuk Hospital

Asraf Aided
Disember 2, 2019 13:03 MYT
Pelakon Emma Maembong dimasukkan ke hospital akibat mengalami demam panas dan jangkitan bakteria.
Perkara itu dimaklumkan oleh pengendali akaun Instagramnya semalam.
"Hi guys,ini adalah pihak pengendali akaun Emma, untuk info, Emma ditahan di hospital kerana menghidap demam panas dan jangkita bakteria, doakan kesembuhan buat Emma okay?" tulisnya.
Hari ini, Emma sendiri ada berkongsi mengenai keadaan terkini dirinya.
Menurut Emma, keadaan kesihatannya bertambah baik hari ini, dia juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan.
"Hi semua, sekadar makluman, demam masih ada tapi Alhamdulillah saya rasa lebih baik hari ini.
"Terima kasih kepada semua yang mendoakan," tulisnya di ruangan kapsyen.
Perkongsian itu mendapat perhatian para pengikut Emma, rata-rata mereka mendoakan agar Emma sembuh sepenuhnya dengan segera.
Sekadar info, Emma mulai aktif di industri hiburan pada sekitar tahun 2012 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.
#Emma Maembong #Emma Maembong