Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Terkena Serangan Jantung, Jasmin Hamid Dimasukkan Ke CCU

Syafiqah Jalal 01/06/2022 | 03:37 MYT
Pelakon, Jasmin Hamid terkena serangan jantung dan kini dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU).

Perkembangan duka itu dikongsikan suaminya, Nazmir Abd Rahim menerusi Instagram pelakon itu, baru-baru ini.

“Sekarang beliau berada wad CCU bukan ICU kerana heart attack semalam untuk pertama kali.

“Keluarga beliau ada family history jantung,” katanya.

Tambah Nazmir lagi, Jasmin mengalami serangan jantung buat pertama kali dan kini perlu dirawat dengan ubat-ubatan.

“Tekanan darah dan degupan jantung agak rendah dan doktor terpaksa berikan bantuan ubat untuk pam darah ke jantung.

“Pada yang sayangkan beliau, mohon panjatkan doa untuk Allah panjangkan usianya dan diberikan kesembuhan seperti sediakala secepat mungkin. Terima kasih,” pintanya.

Pada Ogos 2019, Jasmin memaklumkan adik lelakinya dimasukkan ke ICU kerana mengalami serangan jantung.

;