Terkesan Dengan Video Janna Nick, Aprena Manrose Minta Hormati Privasi Soal Zuriat - “Lapan Tahun Tahan Dengan Mulut Orang”
Asyraf Roslan
06/11/2024 03:55 MYT
06/11/2024 03:55 MYT
Pelakon, Aprena Manrose meluahkan rasa kecewa selepas menonton video yang dimuat naik oleh rakan selebriti, Janna Nick mengenai zuriat.
Aprena atau Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 31, meluahkan rasa kecewanya itu pada satu hantaran di Instagram Story, pada Selasa.
Menurut Aprena, dia memahami apa yang dirasakan oleh Janna kerana dia juga harus bertahan dengan orang-orang sekeliling yang sering bertanya soalan mengenai anak.
“Aku benci mulut orang yang terpaling tahu semua benda.
“Aku faham macam mana Janna rasa sebab lapan tahun tahan dengan mulut orang,” katanya.
Pada masa sama, Aprena turut menyatakan dia dan suami Muhd Afiq Hazman sudah berusaha untuk mendapatkan zuriat namun rezeki belum berpihak kepada mereka.
“Ingat kitaorang tak nak ke?
“Ingat kitaorang tak usaha ke? Semua itu kerja tuhan lah. Tolong jangan nak tanya dah,” Kata Aprena.
Terdahulu, pelakon dan pengacara, Janna Nick meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila ada individu menuduh suaminya terlebih hormon wanita yang menyebabkan pasangan itu gagal mendapat anak.
Untuk rekod, Aprena telah selamat mendirikan rumah tangga bersama Muhd Afiq Hazman pada tahun 2016.