Laman Utama
Terkesan PKP, Khalid Jamlus Terpaksa Tutup Kedai… Ramai Doakan, Siap Beri Cadangan Bantu Jualan
Bekas penyerang Harimau Malaya, Khalid Jamlus juga antara yang terkesan selepas pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan disambung semalam.
Khalid atau nama sebenarnya Muhammad Khalid Jamlus mengumumkan perniagaan gerai makan miliknya yang menyajikan masakan daging salai masak lemak di Kuala Langat, Selangor terpaksa ditutup.
Pengumuman itu dimaklumkan Khalid menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
“Tikar yang kami bentang... Tikar itu juga kami terpaksa gulung,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya memberikan kata-kata semangat.
Tidak kurang juga ada yang memberikan pandangan dan cadangan untuk membantu Khalid meneruskan perniagaannya.
Terdahulu, Khalid Jamlus yang pernah merangkul Anugerah Kasut Emas yang dimenangi 19 tahun lalu telah menjual anugerah tersebut atas faktor kewangan susulan tiada pekerjaan selama tiga tahun pada Julai 2020.