HIBURAN

Terkilan Difitnah, Yatie Kamarzaman Nafi Suami ‘Kenenkan’ Bonda Rozita Dengan Bapa Tiri - “Demi Allah Kami Pun Terkejut Apabila…”

Asyraf Roslan 21/04/2025 | 23:55 MYT

Isu keluarga usahawan terkenal, Rozita Ibrahim semakin hangat diperkatakan netizen apabila anaknya, Yatie Kamarzaman menafikan dakwaan suaminya yang cuba menyatukan hubungan ibunya bersama bapa tiri.

Menerusi sebuah potongan video yang dikongsikan netizen di TikTok, Yatie menegaskan suaminya, Mohammad Zaidi Aziz tiada kena mengena dengan jodoh ibunya malah mereka juga tidak dijemput ke majlis akad nikah.
“Yang saya geram, ada fitnah mengatakan suami saya yang kenalkan bapa tiri baru kepada ibu sehinggakan adik beradik saya dan netizen pun salah faham. Demi Allah kami pun terkejut apabila ada yang kata kami yang kenenkan.
“Kalaulah betul kami yang jodohkan kenapa watak antagonis ini tiada semasa majlis akad nikah?Benda dah halal pun saya terkejut juga sebab memang tak dijemput. Ada dalang nikah, kalau saya nak cerita nanti jadi terkejut pula,” ujarnya.

Dalam pada itu, Yatie juga berkata dakwaan tersebut telah menimbulkan prasangka yang tidak baik antara adik-beradiknya malah boleh menjejaskan hubungan mereka.

“Saya rasa tak seronok, malah suami saya selalu berpesan jangan campur urusan orang. Saya pula tak boleh sabar, itu keluarga saya jadi kena masuk campur.

“Saya sampai bertekak dengan adik-beradik saya sebabnya ada fitnah yang mengatakan suami saya yang menjodohkan ibu saya. Bayangkan adik-beradik saya marah macam mana. Awak semua tak tahu apa yang terjadi di belakang dan bagaimana Syukri pula cuba menjadi orang tengah untuk menenangkan semua orang,” tambahnya.

Yatie juga menegaskan bahawa penyatuan ibu dan bapa tirinya adalah jodoh daripada Allah SWT.
#Bonda Rozita #Keluarga #Yatie Kamarzaman #Mohammad Zaidi Aziz