Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Terkilan Syarat Tidak Diikuti, Stacy Dedah Punca Tarik Diri Daripada Konsert Sumandak Stars - “Saya Fikir Ada Kesilapan Teknikal Tetapi….”

Asyraf Roslan
21/10/2024 03:25 MYT
Penyanyi, Stacy akui terkilan selepas mendapat tahu bahawa ada draf poster yang telah disiapkan lebih awal dan digunakan sebagai poster rasmi Konsert Sumandak Stars.

Menerusi temu bual bersama Hlive, Stacy memaklumkan bahawa pada mulanya dia cuba berfikiran positif dimana ada kesilapan teknikal yang berlaku namun sangkaanya meleset.

“Saya cuba berfikiran positif mungkin ada kesilapan teknikal dan sebagainya.

“Namun saya terkilan apabila mengetahui bahawa gambar yang digunakan itu adalah draf yang pertama.

“Jadi ia membuatkan saya tertanya adakah ia disengajakan kerana dari apa yang kami bincang berbeza dengan apa yang dikeluarkan,” ujar Stacy kepada Hlive.

ARTIKEL BERKAITAN: Stacy Umum Tak Terlibat Konsert Sumandak Stars, Peminat Luah Rasa Kecewa - “Jujur Cakap Beli Tiket Untuk Tengok Stacy Je”

Pemilik nama Ummu Shaikhah Stacy Anam juga memaklumkan bahawa dia sudah menolak pelawaan daripada pihak penganjur pada awalnya.

Tetapi selepas mengetahui ada beberapa syarat yang diletakkan tidak ditepati, pelantun lagu Cakap Ke Tangan itu terus membuat keputusan untuk menarik diri daripada terlibat dengan konsert berkenaan.

“Awal-awal saya dah tolak sebab pada mulanya nama konsert tersebut adalah Bella & Friends, jadi saya tolak sebab memikirkan soal kerja, tapi selepas tukar kepada Sumandak Stars mereka hubungi saya dan tanya kembali.

“Mereka beritahu bahawa Bella mahu kumpulkan semua Sumandak yang ada jadi saya bersetuju dan letakkan syarat. Dan saya ada sebab-sebab tertentu, sebelum sidang media semuanya baik sahaja.

“Bella juga ada hubungi saya dan meminta untuk komen di postingnya, saya pun buat untuk bagi hype tetapi selepas PC berlangsung saya agak terkejut apabila mereka tidak mengikuti syarat yang telah kami tetapkan. Jadi memandangkan saya tidak lock dan tidak mempunyai apa-apa kontrak, masih tidak terlambat bagi saya untuk menarik diri daripada konsert tersebut,” ujar Stacy.

Pada masa sama, Stacy juga mengharapkan bahawa perkara ini tidak akan terulang lagi dan kenyataan yang dibuatnya ini bertujuan untuk memberikan pencerahan mengapa dia membuat keputusan untuk tidak turut serta dalam penganjuran konsert tersebut.

Menerusi ruangan komen rata-rata peminat bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh penyanyi itu.

Sekadar info, Konsert Sumandak Stars menampilkan penyanyi-pemyanyi kelahiran negeri di bawah bayu termasuklah Bella Astillah, Marsha Milan, Adira Suhaimi, Nikki Palikat, Wany Kayrie dan Didi Astillah.


Konsert tersebut dijadualkan berlangsung pada 30 November depan di Zepp Kuala Lumpur.

#Konsert #Stacy #Bella Astilah #Sumandak Stars
;