gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Cakra Khan Suka Borong Mi Segera Perisa Kari Setiap Kali Ke KL, Love Mi Goreng Mamak Juga - “Berkotak-Kotak Bawa Pulang…”
HIBURAN
Bangga Dengan Pencapaian Diri, Neelofa Berjaya Kuasai Bahasa Arab - “Macam Mimpi Jadi Kenyataan…”
HIBURAN
Wajah Semakin Kurus, Enot Buat Ramai Terkejut – “Hampir Tak Cam Lepas Berubah”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

TERKINI! Rohana Jalil Meninggal Dunia

Amri Hassan
Amri Hassan
20/06/2023
16:23 MYT
Sponsor Banner
TERKINI! Rohana Jalil Meninggal Dunia
Penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil, 68, meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada jam 11.33 malam tadi.
BACA: Rohana Jalil Semakin Kritikal Dalam ICU, Belum Ketahui Punca Sebenar - “Dia Bernafas Menggunakan Bantuan Oksigen”
Berita duka tersebut disahkan oleh rakan rapat Allahyarham, penyanyi Haiza sebentar tadi.
Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 21 sebelum Zuhur esok.
Terdahulu, Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak April lalu akibat komplikasi kebocoran usus dan terpaksa diletakkan di wad pemantauan bagi membolehkan hospital memberikan lebih perhatian kepadanya.
Dilahirkan pada 18 Februari 1955, Allahyarham memulakan kerjaya seni selepas menjuarai pertandingan Bintang RTM 1980.
Antara lagu popularnya ialah Rayuanku, Resahku dan Naluri Cinta iaitu merupakan lagu duet bersama To'ki. Allahyarham berkahwin dengan Jahangir Khan pada 1984 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata termasuk pelakon, Kilafairy.
Sumber: Awani Foto: Utusan Malaysia
Topic Berkaitan
#Penyanyi
#Meninggal Dunia
#Kilafairy
#Rohana Jalil
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement