Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Terlalu Akrab, Ken 'VIXX' dan Jin 'BTS' Didakwa Jalin Hubungan Sejenis

Fiza Kamarudin
10/01/2017 09:20 MYT
Gara-gara terlalu akrab, penyanyi Ken daripada kumpulan VIXX dan Jin (BTS) telah disalah anggap menjalin hubungan sejenis.

All Kpop melaporkan mereka seringkali dilihat bersama walaupun mempunyai jadual kerja yang amat padat dan ia telah menyebabkan segelintir peminat mendakwa Ken dan Jin menjalinkan hubungan sejenis.

"Mereka seringkali dilihat berkongsi gambar bersama walaupun kedua-dua mereka sibuk dengan karier masing-masing.

"Ada juga yang mendakwa bahawa mereka ini sebenarnya pasangan kekasih kerana sering kongsi gambar bersama di media sosial masing-masing.

"Perkara ini telah menimbulkan perasaan curiga di antara peminat mereka kerana gambar-gambar yang dimuat naik itu amat mesra sekali," kata sumber.

Malah ada beranggapan bahawa mereka tidak perlu terlalu menunjukkan keakraban mereka di laman sosial kerana ia akan mengundang fitnah.

"Mungkin benar mereka sahabat baik tetapi gambar-gambar yang dimuat naik bersama amat mencurigakan," kata netizen.
#Jin BTS #K Pop #Ken VIXX
;