Sudah menonton Wira? Jika belum pastikan anda terus ke pawagam sekarang kerana karya terbaru Adrian Teh ini telah mendapat pujian ramai.

Menerusi komen di platform Twitter, rata-rata memberi pujian yang memberangsangkan.

Selain memuji aksi lakonan pelakon utamanya, Hairul Azree, ramai juga yang menyamakan Wira dengan filem antarabangsa lain.

Antara disebut-sebut adalah filem The Raid yang turut dibintangi pelakon filem Wira iaitu Yayan Ruhian.

Tidak kurang juga yang menyamakan Wira seperti filem Bruce Lee iaitu The Big Boss.
Untuk pengetahuan anda semua, Wira berkisarkan mengenai kisah seorang bekas tentera, Hassan yang dahulunya melarikan diri akibat tidak tahan dikawal tetapi kembali ke pangkuan keluarga untuk membela nasib mereka.

Biarpun nekad untuk tidak lagi berlawan, Hassan walaubagaimanapun terpaksa bertarung demi melangsaikan hutang adiknya.

Filem yang menaruhkan aksi mempertahankan diri ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Fify Azmi, Hilal Azman, Henley Hii dan Josiah Hogan.

Istimewanya filem ini, ia turut menampilkan pelakon Indonesia Yayan Ruhian dan Ismi Melinda, manakala pengarah popular, Dain Said juga tampil melakonkan watak antagonis bagi filem ini.

Wira diterbitkan hasil kerjasama Multimedia Entertainment, ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas, Astro Shaw dan Primeworks Studios.

Filem ini telah pun memulakan tayangan di pawagam seluruh negara bermula hari ini, jadi apa tunggu lagi?