Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Terlalu Banyak Hutang, Empayar Chef Jamie Oliver Runtuh

Mya Amri
24/05/2019 08:30 MYT
Rangkaian restoran Itali milik chef selebriti British, Jamie Oliver kini diletakkan di bawah perlindungan pemiutang lapor Awani.

Disebabkan perkara itu juga kira-kira 1,300 pekerja di rangkaian restoran itu bakal kehilangan kerja.

Menurut laporan BBC, 22 daripada 25 rangkaian restoran itu sudah ditutup termasuk Fifteen, Jamie Oliver's Diner dan restoran stik Barbecoa di London.

Dua restoran Itali dan Jamie's Oliver Diner di Lapangan Terbang Gatwick akan meneruskan operasi untuk jangka masa pendek.

Bagaimanapun, 25 restoran Itali Oliver di luar negara dan Fifteen di Cornwall yang dikendalikan francais tidak terjejas.

Masalah terbabit dikhuatiri akan menutup perniagaan restoran yang diusahakan Oliver, 43, sejak 2006.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pekerja dan pembekal atas kesungguhan mereka dalam perniagaan ini sejak sedekad lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Tahun lalu, rangkaian terbabit diselamatkan dari bankrap selepas Oliver pada saat akhir menyalurkan 13 juta pound (RM69.31 juta).

Oliver, 43, merupakan individu terkenal di United Kingdom selepas program masakan, The Naked Chef menjadi siri masakan popular.

Sumber: Astro Awani
#Chef Selebriti #Jamie Oliver