Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Terlalu Banyak Jasa, Hari Ini Genap 39 Tahun FINAS Meneraju Industri Perfileman! Tahniah!

Hanafis Haris 01/06/2020 | 08:37 MYT
Tanggal 1 Jun merupakan tarikh penting buat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) apabila genap 39 tahun ia ditubuhkan.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh Timbalan Pengerusi FINAS Datuk Norman Abdul Halim menerusi satu posting di Instagramnya.
"Hari ini genaplah 39 tahun FINAS ditubuhkan. Sedar atau tidak sedar, begitu banyak jasa FINAS kepada pembangunan industri perfileman tanahair.
"Kini, muncul peluang-peluang dan cabaran-cabaran baru untuk memacu perkembangan industri kreatif & “Cultural Economy” Malaysia.
"Segala inisiatif & wawasan kita tidak akan berjaya tanpa sokongan padu warga industri serta rakyat Malaysia secara amnya untuk menyokong kandungan kreatif terbitan tempatan.
"Kalau bukan kita, siapa lagi," katanya.
Tambah Norman, dia mahu semua pihak sama-sama ubah minda, persepsi, tingkatkan profesionalisme, saling bantu membantu dan ada keyakinan.
"Kita boleh lakukannya bersama. Selamat Ulangtahun ke 39, FINAS," katanya.
Posting berkenaan kemudian 'dibanjiri' dengan pelbagai ucapan tahniah daripada pengikut Instagramnya.
Rata-rata mengharapkan supaya FINAS terus menjadi 'tulang belakang' industri kreatif negara.
Untuk rekod, pada 19 Februari 1981 Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasioanal Malaysia telah diwartakan secara rasmi.
Namun, pada 1 Jun tahun yang sama barulah tarikh rasmi perlaksanaan FINAS berdasarkan tarikh Mesyuarat Lembaga Pengurusan Perbadanan pertama.
Perkara itu turut dinyatakan menerusi laman web rasmi mereka.
Terdahulu, Zakaria Abd Hamid telah dilantik sebagai Pengerusi FINAS yang baru.
Perlantikan Zakaria yang berkuatkuasa pada 23 Mei lalu diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.
Senarai keanggotaan Ahli Perbadanan yang telah dilantik oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia selaras dengan peruntukan di bawah Akta 244 untuk tempoh dua tahun bermula 23 Mei 2020 sehingga 22 Mei 2022.
Zakaria menggantikan Datuk Hans Isaac yang berkhidmat sejak April 2019.
BACA: “Segala Penantian Sudah Berakhir…”- Hans Issac Bukan Lagi Pengerusi FINAS
BACA: Didakwa Dilantik Kerana Pengaruh Politik, Ini Jawapan Pengerusi Baharu FINAS

1hb Jun 2020. Hari ini genaplah 39 tahun FINAS ditubuhkan. Sedar atau tidak sedar, begitu banyak jasa FINAS kepada pembangunan industri perfileman tanahair. Kini, muncul peluang-peluang dan cabaran-cabaran baru untuk memacu perkembangan industri kreatif & “Cultural Economy” Malaysia. Segala inisiatif & wawasan kita tidak akan berjaya tanpa sokongan padu warga industri serta rakyat Malaysia secara amnya untuk menyokong kandungan kreatif terbitan tempatan. Kalau bukan kita, siapa lagi? Kita sama-sama ubah minda, persepsi, tingkatkan profesionalisme, saling bantu membantu dan yakin kita boleh lakukannya bersama. Selamat Ulangtahun ke 39, FINAS . @finasmalaysia @saifuddinabd @zakhamid2 . #finas #industrikreatif

A post shared by Norman Abdul Halim (@norman_abdhalim) on

#Filem #Malaysia #Filem #FINAS
;