Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

"Terlalu Banyak Komen-Komen Melampau..." - Aiman Tino Pilih Berdiam Diri Selepas Kena Tempias Isu Video Lucah

Rozaimi Zubaidi 04/07/2019 | 03:40 MYT
Penyanyi Aiman Tino mengakui mengambil masa beberapa bulan untuk kembali aktif di media sosial selepas terpalit kontroversi video lucah mirip dirinya awal tahun lalu.
Menurut Aiman, dia kesal dengan komen-komen negatif daripada netizen sehingga menyebabkan dia mengambil keputusan untuk berdiam diri buat sementara waktu bagi meluangkan masa bersama keluarga.
"Sejak beberapa bulan lalu saya sudah tidak aktif di media sosial untuk post gambar atau video.
"Saya rasa terlalu banyak komen-komen melampau dan negatif, itulah sebabnya saya pilih untuk diam dan cari masa untuk diri sendiri.
"Tidak dinafikan ada juga netizen yang masih lagi nak terus bercakap dan ungkit-ungkit kisah lama.
"Jadi, saya lalukan perkara itu kerana mahu berdiam diri buat sementara waktu dan memberi fokus pada keluarga," katanya kepada Astro Gempak.
Aiman Tino itu berkata demikian ketika majlis sambutan Aidilfitri dan ulang tahun kelahiran Aiman Tino, di Dewan T.K.R, Klang, baru-baru ini.
{BACA: Video Lucah Mirip Aiman Tino Tersebar?}
Sebelum ini,sepotong rakaman video lucah mirip Aiman Tino tersebar di Twitter.
Menerusi video berdurasi 29 saat itu, lelaki berkenaan melakukan beberapa aksi mengghairahkan dalam keadaan berdiri dan mengiring.
Sambil menyentuh kemaluannya, aksi di dalam sebuah kamar tidur itu kelihatan sengaja dirakamkan berdasarkan interaksinya dengan kamera.
#Penyanyi #Aiman Tino #Penyanyi
;