Viral

Terlalu Banyak Spekulasi, Ustaz Hadhari Mohon Orang Ramai Hormat Arwah Farah Kartini - “Menjaja Cerita Tak Baik”

gempak
Firdaus
21/07/2024
03:25 MYT
Sponsor Banner
Terlalu Banyak Spekulasi, Ustaz Hadhari  Mohon Orang Ramai Hormat Arwah Farah Kartini - “Menjaja Cerita Tak Baik”
Susulan spekulasi dan pandangan yang dikeluarkan oleh ramai pihak berkaitan kes pembunuhan Farah Kartini, penyampai radio dan pendakwah, Ustaz Tajdid Hadhari meminta supaya perbuatan tersebut dihentikan.
Menurut Ustaz Tajdid, orang ramai sepatutnya menghormati ‘si mati’ dan bukannya mereka cerita tentang arwah.

“Dalam perspektif Islam, bila kita sebut tentang menjaja cerita tidak baik, walaupun benar mahupun tidak, itu semua adalah dilarang.

“Kepada mereka yang hidup pun kita tak boleh buat macam tu inikan pula mereka yang telah meninggal dunia. Sebab dalam Al Quran dalam surah Al-Hujurat pun Allah ada beritahu supaya tidak mengada-adakan cerita berkaitan salah seorang daripada kita semua.
“Bahkan dalam ayat yang sama Allah ada nyatakan perbuatan menjaja cerita adalah diibaratkan seolah-olah memakan daging saudara sendiri yang telah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui Gempak.

BERITA TRENDING:"Kami Balik Dulu, Nanti Datang Lagi" - Abang Farah Kartini Ziarah Kubur, Wajah Hiba Ibu Bikin Netizen Sebak

BERITA TRENDING:Farah Kartini Dibawa Ke Kebun Ubi Sebelum Dibunuh, 40KM Dari Lokasi Ditemui Mati

BERITA TRENDING:Kes Bunuh Farah Kartini: Polis Analisa Kad Sim Suspek & Siasat Lokasi Kebun Dipercayai Tempat Persinggahan Sebelum Kejadian

BERITA TRENDING:Ibu Rindu, Ziarah Pusara Farah Kartini

Tak Perlu Buat Cerita

Menceritakan lebih lanjut, Ustaz Hadhari berpendapat bahawa kisah-kisah sedemikian tidak perlu diuar-uarkan kepada ramai pihak kerana bimbang akan unsur fitnah yang mungkin terpalit terhadap arwah.
“Spekulasi itu tak wajar terutamanya bila berkait dengan jenayah dan kematian. Kita sendiri tak suka bila orang mengata ahli keluarga kita yang masih hidup, inikan pula yang telah meninggal dunia.
“Sama seperti kes ini, ahli keluarga mangsa mesti tak senang duduk, jadi tak wajar keluarkan macam-macam pandangan kerana kita dah ada pihak berkuasa untuk siasat kes tersebut,” jelasnya lagi.
Terdahulu, timbul satu kisah berkaitan ‘roh’ Farah Kartini seolah-olah mengucapkan terima kasih selepas telefon pintarnya ditemui oleh pihak berkuasa semasa penyiasatan dijalankan.
Kisah itu meraih perhatian ramai pihak sehingga timbulnya pelbagai spekulasi dan pandangan dalam kalangan warganet.
Isnin lalu, mayat Nur Farah Kartini ditemukan di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira jam 6 petang.
Susulan itu, suspek lelaki berusia 26 tahun yang juga bekerja sebagai anggota polis ditahan pada hari yang sama.
Suspek kemudian direman tujuh hari sehingga 22 Julai depan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live