Terlalu Banyak Ubah Muka? Netizen Gelar Khloe Kardashian Hodoh
Asraf Aided
17/03/2021 10:24 MYT
17/03/2021 10:24 MYT
Bergelar sosialit dan personaliti berpengaruh di Hollywood tidak menghalang Khloe Kardashian daripada dibuli.
Memetik laporan Celebrity Insider, Khole dikatakan sering dikritik dan dibandingkan dengan adik beradik lain seperti Kim Kardashian, Kendall dan Kylie Jenner.
Malah, netizen juga sering menggelar Khloe sebagai kakak yang hodoh dalam adik beradiknya.
Meskipun adik beradik lain dituduh menjalani pelbagai prosedur dan pembedahan platik, namun Khloe juga yang dituduh paling banyak mengubah wajahnya sehingga ada yang menyamakan hidungnya dengan Michael Jackson.
Bagaimanapun, terdapat segelintir peminat yang mengajak orang ramai untuk berhenti melakukan buli siber terhadap Khloe.
Rata-rata peminatnya berasa marah kepada mereka yang telah mengeluarkan kata-kata yang melampau terhadap personaliti itu.
Pada masa yang sama, peminatnya juga menyedari perbuatan buli mampu merosakkan kehidupan orang lain.
Apapun, perbuatan mencerca dan menghina orang lain atas dasar rupa atau perbuatan mereka adalah toksik dan tidak mendatangkan manfaat kepada diri kita.
Kredit Foto : Hello! magazine