Hiburan

“Terlalu Banyak Yang Nak Disampaikan Tapi…”- Farahdhiya Kenang Arwah Bapa

gempak
Syafiqah Jalal
10/09/2020
07:32 MYT
Sponsor Banner
“Terlalu Banyak Yang Nak Disampaikan Tapi…”- Farahdhiya Kenang Arwah Bapa
Penyanyi dan pelakon Farahdhiya akui kini pusara bapanya menjadi tempat yang paling digemari untuk ziarahi sejak Januari lalu.
Meskipun tidak lagi dapat berbicara namun Farahdhiya bersyukur kerana selama hidup bapanya dia sudah memberikan segalanya.
“Tempat kegemaran saya sejak 9 Januari 2020. Terlalu banyak yang nak disampaikan pada Dada but unfortunately takkan ada lagi peluang untuk kita duduk bersama berborak macam dulu lagi.
“Tapi Alhamdulillah tiada sedikit pon perasaan kesal dalam hidup saya sebab hidup saya semuanya tentang ayah saya dan kerja serta sudah tentu juga untuk ibu dan adik,” katanya.
Farahdhiya berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, dia memuat naik ketika menziarahi pusara bapanya.
Selain itu, Farahdhiya turut berpesan agar sesiapa yang masih ada bapa, terus menghargai mereka dan luangkan masa bersama selagi mereka masih ada.
“Ayah saya dah pergi selama lamanya bersama Dia, kalau awak masih ada ibu dan ayah,minta tolong jaga elok-elok. Bukan sekadar bagi duit ya, itu tidak mencukupi.
“Orang tua kita lebih menghargai masa yang kita beri untuk mereka. Mereka mungkin tak cakap tapi percayalah,mak ayah lah paling happy bila kita ada bersama mereka,ambik berat pasal mereka.
“Buat lah sehabis baik supaya tidak ada apa-apa penyesalan di kemudian hari. Jangan tunggu untuk ada masa,cari masa,” nasihatinya.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata setuju dengan kenyataannya.
My fav place since January 9th 2020. Terlalu byk yg nak disampaikan pada Dada but unfortunately takkan ada lagi peluang utk kita duduk bersama berborak mcm dulu lagi Da. But Alhamdulillah takde sedikit pon perasaan kesal dlm hidup saya coz my life was all about my dad and work and of course my mum and brother. Ayah saya dah pergi selama lamanya bersama Dia, kalau awak masih ada ibu dan ayah,mintak tolong jaga elok2, bukan sekadar bg duit ya, Itu tidak mencukupi, org tua kita lebih menghargai masa yg kita beri utk mereka, mereka mungkin tak ckp tapi percayalah,mak ayah lah paling happy bila kita ada bersama mereka,ambik berat pasal mereka. Buat lah sehabis baik supaya tidak ada apa2 penyesalan di kemudian hari. Jangan tunggu utk ada masa,cari masa. Hidup ni singkat,at this age,I only focus on benda2 yg buat saya happy dan yg boleh menggembirakan saya. Kalau kita sayang org tu,doalah utk dia, jaga hati dia, jaga mulut kita kerana sebaik baik hadiah utk org yg kita sayang adalah Doa. Kita tutup aib org,Allah tutup aib kita,jadi berfikir sebelum bercakap atau menaip. Jgn pernah rasa diri kita lebih bagus dari org lain,we all sin differently,don’t judge,kita semua pendosa yg sedang mencari yg terbaik dlm hidup, doakan. God Bless ❤️ #Iloveudada #alfatihah
A post shared by farahdhiya_fd (@farahdhiya_fd) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live