HIBURAN
"Terlalu Bersemut!" - Peminat Puji Chemistry Antara Syafiq Kyle & Zahirah Macwilson
Peminat dan penggemar drama memuji keserasian yang wujud antara Syafiq Kyle dan Zahirah Macwilson dalam Tak Ada Cinta Sepertimu.
Memegang watak Hazran dan Athea, drama bersiri ini merupakan gandingan pertama Syafiq dan Zahirah di kaca televisyen.
Memasuki minggu terakhir tayangan, penonton sudah tidak sabar melihat kesudahan kisah yang terjadi antara Athea dan Hazran.
Menerusi pemerhatian Astro Gempak di laman Twitter, peminat memuji gaya lakonan mereka yang memberikan kesan dan meyakinkan audiens.
Peminat juga mahu melihat gandingan ini terus dikekalkan dalam drama bersiri lain selepas ini.



Tak Ada Cinta Sepertimu yang diarahkan oleh sutradara Jamal Khan merupakan naskah adaptasi novel karya Anna Milia.
Selain Zahirah dan Syafiq, drama bersiri 16 episod ini turut menampilkan Ruhainies, Fadlan Hazim, Ardell Aryana, Zainol Macwilson dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan drama bersiri Tak Ada Cinta Sepertimu yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Zahirah & Syafiq
Must-Watch Video