Laman Utama
“Terlalu Biadab”- Masih Dituduh Makan Duit Arwah Abam, Ali Puteh Minta Bertaubat
Pelawak Ali Puteh kecewa kerana sehingga kini dia masih lagi dituduh ‘makan’ harta peninggalan arwah Abam.
Menganggap tuduhan tak berasas itu sebagai biadab, Ali meminta agar netizen yang menuduhnya itu segera bertaubat selagi masih hidup di dunia.
“Ya Allah..masih ade lagi manusia begini hidup dimuka bumi ni. Kalau masih hidup cepat-cepat lah bertaubat takut esok pergi ke negeri abadi masih tak dapat maaf dari saya...
“Terlalu biadab sangat sampai kata saya makan duit arwah abang saya abam..macam mana nak cari manusia ni..tersangat biadab...kategori bangsat...!!” kata Ali yang berang.
Ali berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik paparan skrin komen netizen yang memfitnahnya.
“Pakai duit arwah lah tu,” tulis netizen itu.
Perkara itu tercetus ketika Ali yang juga adik kepada Allahyarham Abam berkongsi kegembiraan mengenai projek kebun durian yang diusahakan bersama isteri tercinta, Melati Fitri.
Ali juga tidak mampu menyembunyikan kegembiraan apabila pada masa sama mendedahkan bakal menimang cahaya mata lagi pada Disember ini.
Selain itu, dalam satu entri terbaharu, Ali turut mendedahkan seorang lagi netizen yang menuduhnya mengabaikan tanggungjawab kepada balu Abam.
Ali yang sekali lagi berang dengan tuduhan itu turut memberitahu mahu berjumpa dengan warga maya itu secara berdepan.
“Nanti bagitahu kat mne tau nak jumpa...kite sembang..Cuma nak dengar depan-depan je ambil duit tu..DM (mesej peribadi) saya okey,” tegasnya.
Ini bukan kali pertama bapa kepada tiga cahaya mata itu berdepan dengan tuduhan berhubung harta peninggalan Abam sehingga dibicarakan di mahkamah.
Arwah Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 9 Februari 2020 di kediamannya di Gombak akibat demam panas.