Aktres Bollywood Kangana Ranaut kini hilang salah satu platform media sosialnya selepas pihak Twitter menyekat akaun miliknya awal minggu ini.
Menurut laporan NDTV, Twitter bertindak menyekat akaun milik Kangana kerana aktres itu kerap melakukan provokasi, terlalu celupar, biadab dan melanggar norma pengguna media sosial dengan melahirkan kebencian serta hasutan.
"Kami sudah menjelaskan akan mengambil tindakan penguatkuasaan yang tegas terhadap tingkah laku berpotensi menyebabkan bahaya di dalam talian.
"Akaun (Kangana) dirujuk sudah disekat selama-lamanya kerana berulang kali melanggar Peraturan Twitter, khususnya dasar Perilaku Kebencian dan Tingkah Laku Penderaan," kata jurucakap Twitter kepada AFP melalui e-mel.
Selain sering bertelagah dengan penggiat seni, Kangana sering menciap hal berunsur politik sehingga boleh membangkitkan 'gangguan'.
Terbaru, bintang filem Queen itu menggelarkan seteru Perdana Menteri India, Narendra Modi sebagai raksasa.
Wanita berusia 34 tahun itu juga sebelum disekat menggunakan Twitter sempat mengejek
perihal yang berlaku termasuk berita mengenai pembunuhan dan huru hara yang sedang terjadi di India.
Memberi respons terhadap akaunnya yang disekat, Kangana menyelar sudah tahu dirinya akan berdepan dengan tindakan tersebut memandangkan dia bukan berasal dari 'orang kulit putih'.
"Aku ada banyak platform lain untuk menyuarakan pendapat termasuk medium seni aku dalam dunia sinema," katanya kepada sebuah agensi berita, ANI.
Kredit Foto: Getty Images
Maliah Surip
Wed May 05 2021


Bintang Legenda, Julie Sudiro Meninggal Dunia Akibat Masalah Paru-Paru
Salam takziah buat keluarga...
_1.png?ext=.png)
Neelofa Preloved Koleksi Kasut Jenama Mewah; “Harga RM14,000, Tapi Nak Jual RM1,000 Je…”
Wow murah!

Trauma, Lelaki Saman Wanita RM10 Juta Sebab Kena Friend Zone
Alamak!

Lebih 300 Restoran & Hotel Ada Sijil Halal, Taiwan Lokasi Strategik Mesra Muslim! Eh Ayda Jebat Pula Dilantik...
Taiwan Lokasi Strategik Mesra Muslim!

Peluk Topi, Sebak… Yura Yunita Menangis Terkenang Mendiang Glenn Fredly, Antara Momen Menyentuh Hati Konsert Tutur Batin
Konsert Tutur Batin memang best!

Gabungan Dua Suara, Ezad Lazim & Salma Asia Tampil Lagu Duet Berjudul ‘Akira’ - “Cabaran Terbesar Adalah Setarakan…”
Mantap!
![[VIDEO] Mohon Maaf Pada Isteri, Azwan Kombos Mengaku Kahwin Lain & Ada Anak Luar Nikah - “Semua Itu Berlaku Dalam…” [VIDEO] Mohon Maaf Pada Isteri, Azwan Kombos Mengaku Kahwin Lain & Ada Anak Luar Nikah - “Semua Itu Berlaku Dalam…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-42_1.png?ext=.png)
[VIDEO] Mohon Maaf Pada Isteri, Azwan Kombos Mengaku Kahwin Lain & Ada Anak Luar Nikah - “Semua Itu Berlaku Dalam…”
Jangan macam-macam...

“Syamsul Adalah Aset, Saya Harap Dia Kembali Ke Skop Productions” - Yusof Haslam
Doakan terbaik

JURI TERKEJUT AMSYAR LEEE SI TANGKIS, ADA YANG TAK KENAL | Unmasked Singer
Semua juri tercengang bila Si Tangkis buka topeng. Ada juri yang tak kenal Amsyar Lee. Bakat unik buat semua kena scam! Korek sikit pengalaman Amsyar Leee dalam #UnmaskedSinger bersama Saiful Saaid. Saksikan The Masked Singer Malaysia musim ke-3 Jumaat, 9 malam di Astro Warna. Layari www.gempak.com/maskedsinger untuk berita & video menarik. Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PREMIUM 1 WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 #TheMaskedSingerMalaysia #TheMaskedSingerMalaysiaMY #SiapaDisebalikTopeng

Fesyen Unik, ‘Spill The Tea’ Rossa & Kemunculan Kucing Viral Antara Momen Best Konsert Ada Apa Dengan Melly?
Memang best!