Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

“Terlalu Cerewet Dan Bossy” – Heechul Akhirnya Dedah Punca Kim Jong Kook Putus Cinta

Mya Amri
17/12/2019 14:55 MYT
Pengacara dan anggota kumpulan K-Pop Super Junior, Kim Heechul mendedahkan punca perpisahan antara anggota Running Man, Kim Jong Kook dan bekas kekasihnya.
 
Heechul berkongsi perkara itu menerusi episod terbaru program My Ugly Duckling yang bersiaran baru-baru ini.
 
Menurut Heechul, perpisahan itu berpunca kerana sikap Jong Kook yang dikatakan terlalu cerewet.
 
“Kalau nak tahu suatu ketika dulu saya pernah mendengar alasan yang diberikan oleh bekas kekasih Jong Kook mengenai punca perpisahan mereka.
 
“Sudah hampir 10 tahun sebenarnya perkara ini berlaku dan saya mendapat tahu bagaimana sikap Jong Kook ketika mereka masih bersama.
 
“Jong Kook ini rupanya seorang yang sangat cerewet dan suka memerintah. Bekas kekasihnya juga memberitahu Jong Kook tidak membenarkan dirinya mengambil lesen kereta kerana khuatir tentang keselamatannya ketika memandu,” jelas Heechul.
 
Kenyataan Heechul itu kemudiannya dibalas Jong Kook secara spontan.
 
“Yeke? Apa yang kamu kata kan ni? Adakah kamu bercerita mengenai masa silam sewaktu saya masih muda, dalam lingkungan 20-an?” ujarnya ketawa.
 
Dalam perkembangan terbaru, Kim Jong Kook dan Heechul merupakan pengacara program My Ugly Duckling.
 
Jong Kook juga masih lagi bersama dengan Running Man walaupun sudah hampir sembilan tahun program itu bersiaran.
 
#Kim Jong Kook #Kim Heechul #Artis Korea