Viral
Terlalu Rindu Tuan, Kucing Ashraf Sinclair Mati... "Tak Ada Selera Makan, Semakin Hari Semakin Lemah"
Kucing kesayangan milik Allahyarham Ashraf Sinclair yang diberi nama Toni akhirnya mati selepas dua bulan menanggung rindu.
Kata Bunga Citra Lestari, Toni semakin tidak bermaya dan lemah sebelum pergi meninggalkannya sekeluarga.
"Wahai Toni terima kasih kerana membawakan kebahagiaan dalam rumah ini sepanjang masa. Kamulah kucing paling pintar.
"Waktu kegemaran kamu apabila melihat cicak sambil didukung Daddy (Ashraf).
"Saya tahu kamu bergelut, ia tempoh dua bulan yang sukar bagi kamu untuk makan dan hari demi hari semakin lemah.
"Tetapi kamu berjuang, sampai ke hujung nyawa. Selamat tinggal Toni, kami sayangkan kamu.
"Sampaikan salam kepada Daddy di sana," kongsi BCL menerusi akaun Instagramnya pada Jumaat.
Perkara itu turut dikongsikan ibu Ashraf, Khadijah A Rahman di akaun Instagramnya.
"Ya Allah. Kucing kesayangan Arwah Ashraf sudah pulang ke Rahmatullah juga," tulisnya.
Ashraf meninggal dunia pada 18 Februari lalu selepas mengalami serangan jantung.
Must-Watch Video