Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
BERITA

Terlalu Sibuk Bekerja, Kim Yoon Seo Dan Do Sang Woo Akhirnya Berpisah Selepas Empat Tahun Bercinta

Mya Amri 22/10/2019 | 14:35 MYT
Pelakon Korea Kim Yoon Seo dan Do Sang Woo akhirnya membuat keputusan untuk menamatkan hubungan cinta.
Berita itu disahkan oleh agensi Yoon Seo, Hunus Entertainment menerusi kenyataan kepada media semalam.
"Kim Yoon Seo dan Do Sang Woo berpisah dan memutuskan untuk kembali menjadi rakan sekerja,” katanya ringkas.
Manakala sumber agensi Sang Woo, J,Wide-Company pula mendedahkan keputusan itu dibuat kerana pasangan berkenaan terlalu sibuk bekerja.
"Kedua-dua mereka baru-baru ini telah berpisah selepas sibuk dengan kerja masing-masing,” jelasnya.
Terdahulu, Sang Woo dan Yoon Seo mula menjalinkan hubungan cinta selepas bertemu diset penggambaran drama hujung minggu MBC berjudul The Lagendary Witch pada tahun 2015.
Pasangan ini kemudiannya mengumumkan hubungan cinta mereka kepada umum pada tahun 2017.
Sumber: Soompi
#Artis Korea #Do Sang Woo #Kim Yoon Seo