Laman Utama
Terlalu Sukar Dan Unik, Guru Berbelit Lidah Nak Sebut Nama Pelajar – “Revaveroesy Veisaqireina Mulawarman”
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai satu senarai nama pelajar yang menuntut di sebuah sekolah di Indonesia.
Apa yang menarik perhatian adalah salah satu daripada nama tersebut nampak begitu sukar untuk dieja dan juga disebut.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di platform X itu, difahamkan, seorang guru mengalami masalah untuk menyebut nama anak muridnya yang dikatakan terlalu unik.
Advertisement
“Luar biasa namanya. Takut tersalah eja ketika menulis,” tulis hantaran berkenaan.
Video itu juga turut merakamkan guru itu bertanyakan cara untuk menyebut salah satu nama anak muridnya.
“Murid-murid, bagaimana mahu menyebut nama bernombor 19 ini?” soal guru itu.
“Revaveroesy Veisaqireina Mulawarman,” jawab pemilik nama tersebut dengan lancar.
Ini videonya ges pic.twitter.com/apI7IeWOL9
— Kegoblogan.Unfaedah (@kegblgnunfaedh) August 1, 2023
Guru tersebut kemudian mengeja kembali nama itu dengan perlahan dan tersekat-sekat sambil berkata:
“Namanya susah sangat.”
Jawapan guru tersebut bagaimanapun disambut dengan gelak ketawa murid-murid di dalam kelas berkenaan.
Disebabkan nama unik itu juga, video tular tersebut telah menerima pelbagai reaksi netizen antaranya:
“Aduh ibu bapa boleh kot pilih nama yang logik sikit, kesian cikgu nak sebut,”
“Ini kalau time peperiksaan ni, separuh masa je habis nak tulis nama, ntah muat ke tak tu dalam kotak,”
Must-Watch Video