Berita
Terlanggar Forklift Di Set Penggambaran, Dahi Marsha Berbenjol!
Pelakon Marsha Milan Londoh mengalami kecederaan apabila dahinya bengkak dan benjol selepas terlanggar sebuah jentera mengangkat barang, forklift malam tadi.
Ketika dihubungi Gempak, pengurusnya, Azlan Zanudin berkata, kejadian berlaku selepas Marsha menjalani penggambaran di Universiti Multimedia, Cyberjaya.
"Dia terlanggar. Forklift itu tak ada kena mengena pun di set tersebut.
"Kejadian berlaku malam masa itu, selepas selesai penggambaran," katanya.
Terdahulu, menerusi sebuah entri di Instagram, Marsha memuat naik gambar dirinya dalam keadaan dahi berbenjol.
"Sebelum tersengal pegi langgar forklift (belakang tu) kat set tadi, sempat ambil gambar manis-manis. Entah cukup manis tak esok dengan kepala flowerhorn baru ni?," katanya.
Di ruangan komen, rata-rata bimbang melihat benjolan pada dahinya yang disifatkan agak teruk.
"Ayo sis sakitnya, tolong pergi klinik ambil ubat. Semoga cepat sembuh," pesan pengikutnya.
"Ya Allah, cepat tuam jangan bagi bengkak sis. 30 haribulan nak beraksi lagi," komen seorang netizen lain.
Bagaimanapun, menerusi ruangan komen, Marsha kemudian memaklumkan bahawa keadaannya baik sahaja selain bengkak sudah mulai surut.
Marsha kini sedang menjalani penggambaran drama Rindu Awak Separuh Nyawa.
Dalam pada itu, jangan lupa untuk sama-sama mengundi artis kesayangan korang yang tercalon dalam Gempak Most Wanted di sini.
Undian akan ditutup pada 28 Disember, jam 6 petang. Jadi tunggu apa lagi? Jom undi!