Terlepas Dari Soalan 'Bila Nak Kahwin?', Siti Badriah Dihantui Pertanyaan Lain Pula...

Kamaruddin Razal
Mei 30, 2020 00:43 MYT
Penyanyi dangdut popular Indonesia, Siti Badriah menyambut kedatangan Syawal dengan status baru sebagai seorang isteri.
Mendirikan rumah tangga dengan pelakon Krisjiana Baharudin pada 25 Julai tahun lalu, penyanyi yang mesra disapa dengan nama Sibad ini meraikan lebaran penuh kegembiraan dengan kehadiran suami.
Pelantun lagu Lagi Syantik ini berkongsi foto momen sambutan Hari Raya bersama suami tercinta di akaun Instagram miliknya beberapa hari lalu.
"Alhamdulillah, tahun pertama lebaran bersama suami. Jadi, saya sudah tak ditanya lagi dengan soalan 'bila nak kahwin?', kini saya ditanya pula dengan soalan 'bila mahu mempunyai cahaya mata?'
"Hahahaha! By the way, maaf zahir batin ya semua," tulis Sibad.
Dalam perkembangan lain, sinetron komedi lakonan Sibad, Bara Bere bakal ditayangkan di Astro Aura HD saluran 113!
Bara Bere memaparkan konflik antara keluarga Safei dan keluarga Amsani yang bermula semenjak dari dahulu lagi.
Tidak kering gusi, pelbagai keletah menarik yang disampaikan dalam sinetron Bara Bere yang bakal membuatkan penonton ketawa!
Selain Sibad, Bara Bere dilakonkan oleh Aliando Syarief, Felicya Angelista, Wendy Afiana, Faby Marcelia dan ramai lagi!
Jangan lupa saksikan Bara Bere bermula 6 Jun ini, jam 9 malam di Astro Aura HD saluran 113!
Bermula 23 Mei, dua buah saluran HD baharu iaitu Astro Rania HD (112) dan Astro Aura HD (113) dilancarkan buat pertama kali menerusi Pakej Indo Pek yang turut diperbaharui dengan pengisian lebih padat, dinamik dan terkini merangkumi pelbagai genre untuk hiburan tontonan seisi keluarga.
Saluran Astro Aura HD (113) menawarkan variasi kandungan hiburan popular yang memfokuskan kepada program berkonsepkan genre muzik terutamanya irama dangdut menerusi program variasi, sinetron dan sebagainya.
Sebagai pengenalan dan tanda penghargaan sempena musim perayaan Aidilfitri, akses pratonton komplimentari untuk saluran Astro Rania HD dan Astro Aura HD ini juga akan dibuka istimewa buat kesemua pelanggan Astro mulai 23 Mei hingga 30 Jun 2020.
Untuk pilihan yang fleksibel, ia turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan perkhidmatan ‘On Demand’.
#Siti Badriah #Astro Aura #Bara Bere