Jika sebelum ini anda terpaksa menahan perasaan menonton drama pendek Bunga's Secret Garden secara berepisod, kini legakan jiwa anda dengan menonton versi penuh di YouTube!

BACA: Elok-Elok & Cantik-Cantiknya, Kenali Pelakon Utama Drama Bunga's Secret Garden

BACA: Tercari-Cari Drama Romantik Komedi Yang Super Cute? Ini Sebab Anda Perlu Layan Bunga's Secret Garden


Ya, Bunga's Secret Garden kini ditayangkan di saluran YouTube Astro Gempak dengan menggabungkan episod pertama dan kedua.

Strim sahaja secara digital dimana-mana sahaja untuk menonton kesudahan kisah cinta tiga segi antara Bunga, Adam dan Sam.

BACA: Bunga Reject Adam Atau Sam? - "Siapa Lebih Naturally Legit?"

Bagi yang terlepas juga, anda boleh mengulang tonton semula kisah cinta mereka bertiga di platform YouTube.

Bunga's Secret Garden mengisahkan tentang Bunga, pemilik kedai bunga ‘hipster’ yang sedang mencari cinta sejatinya melalui dua jejaka bernama Sam dan Adam.

Keduanya nampak sempurna, tetapi mana satu yang paling tulen cintanya? Untuk dapatkan jawapan itu, Bunga merancang untuk uji mereka berdua.

Bunga's Secret Garden disiarkan di Facebook, IGTV dan laman rasmi Gempak pada 5 Januari lalu dan episod kedua pada 12 Januari pukul 5 petang.

Drama pendek itu juga turut ditayangkan di Astro Ria pada 12 dan 19 Januari lalu pukul 6.45 petang dan ulangan pukul 11.45 malam.