Terlepas Konsert Billie Eilish, Nabil Rugi Lima Tiket Bernilai RM2,540 - “Memang Allah Tak Izin..”
Azwa Rahman
19/08/2022 08:29 MYT
19/08/2022 08:29 MYT
Pelawak dan penyampai radio Nabil Ahmad mencuri perhatian ramai apabila terlupa menghadiri konsert penyanyi antarabangsa Billie Eilish yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Khamis.
Menerusi laman sosial Instagram Era, Nabil kelihatan terkedu sambil terduduk pada pagi tadi setelah mengetahui tarikh konsert adalah pada Rabu.
“Wehh aku salah date! Memang Allah tak izinkan, senang cite. Kelakar la yang,” kata Nabil sambil menelefon isterinya, Nazira Ayub.
Menerusi perkongsian berdurasi lebih satu minit itu, Nabil kelihatan pasrah membeli lima keping tiket berharga RM508 untuk isteri dan anak-anaknya.
Dia kemudiannya ditenangkan oleh dua penyampai 3 Pagi Era iaitu Pak Azad dan Radin.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya meluahkan rasa lega apabila Nabil terlepas konsert berkenaan berikutan yang sudah kembali berhijrah ke arah yang lebih baik.
“Allah tak izin tu,” komen seorang wargamaya.
“Ada hikmah tu tuan haji,” kata seorang wargamaya.
“Ada hikmah, supaya tak kena kecam. Dan Allah sayang,” ujar seorang wargamaya.
“Alhamdulillah perancangan Tuhan lebih baik, Allah jaga tuan,” tulis seorang wargamaya.
“Allah bagi lupa, Allah sayang awak Nabil. Pada saya Allah bagi tak kenal langsung siapa artis tu. Tiba-tiba tengok semalam kat medsos ramai gila orang post. Baru tahu kemunculan artis tu,” luah seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 400,000 tontonan daripada warga Instagram.