Penonton kini tidak lagi perlu bimbang sekiranya terlepas untuk menonton filem di panggung wayang.

Ini kerana kebanyakan filem hebat yang ditayangkan sebelum ini masih dapat ditonton menerusi saluran Astro Best.

Tambah menarik, kesemua filem ini dibawa secara eksklusif hampir setiap bulan.

Untuk Januari, terdapat dua karya yang bakal dipaparkan terus ke rumah anda iaitu Peter Rabbit 2: The Runaway dan Ghostbusters: Afterlife.

#1 Peter Rabbit 2: The Runaway

Filem ini merupakan sekuel buat Peter Rabbit pertama yang mula ditayangkan pada 2018.

Untuk filem kedua ini, Peter Rabbit dikatakan lari daripada kehidupan manusia, sekali gus membawanya ke dunia yang lebih buruk.

Tambah malang, dia bakal terjerat dengan satu kejadian cukup malang dalam kehidupannya. Apa yang akan berlaku, anda kena tontonnya sendiri!

Apapun, filem ini cukup sesuai untuk dilayan bersama ahli keluarga.

Oleh itu, jangan ketinggalan untuk dapatkan akses awal Peter Rabbit 2: The Runaway di Astro Best (Saluran 481) atau On Demand Store menerusi Ultra box dan aplikasi Astro GO.

Sertai peraduan Sewa dan Menang untuk memenangi barangan fiem eksklusif ! Maklumat lanjut di https://promotions.astro.com.my/details/PeterRabbitContest





#2 Ghostbusters: Afterlife (Ditayang pada 20 Januari)


Siapa saja yang tak kenal dengan francais filem Ghostbusters bukan?

Sudah beberapa kali naskah ini difilemkan sejak 1984!

Kini, Ghostbusters kembali dengan gaya dan ‘treatment’ yang berbeza menerusi Ghostbusters: Afterlife.

Menerusi filem terbaru ini, anda akan melihat perjalanan seorang ibu tunggal yang mula berpindah rumah bersama dua anaknya.

Mereka kemudian menyedari waris keluarga terdahulu sebenarnya mempunyai hubung kait dengan Ghostbusters.

Jadi apa yang bakal berlaku? Apa pula hantu yang muncul dalam filem ini?

Dapatkan akses awal Ghostbusters: Afterlife di Astro Best (Saluran 481) atau On Demand Store menerusi Ultra box dan aplikasi Astro GO.

Sertai peraduan Sewa dan Menang untuk memenangi barangan fiem eksklusif ! Maklumat lanjut di https://promotions.astro.com.my/