VIRAL
'Terlepas' Video Isteri Free Hair Di Media Sosial, Prince Syed Nafi Saja Tarik Perhatian - "Kami Down, Tapi Nak Marah Anak Pun Tak Boleh ..."
Tular video memperlihatkan isteri dalam keadaan ‘free hair’ di TikTok, usahawan dan personaliti Prince Syed Shahid tampil menjelaskan mengenai perkongsian itu.
Menurut Prince Syed Shahid atau nama sebenarnya Syed Muhammad Shah Hasif, isterinya Fatin Syazwani hanya terkejut seketika sebelum kembali tenang.
"Reaksi isteri saya biasa saja, macam hati batu. Dia cuma terkejut bila tahu video itu tular. Malah, dia bertanya kepada saya sama ada itu video yang pernah dirakam olehnya kira-kira dua tahun lalu," katanya ketika dihubungi Gempak.
Tambah usahawan itu, isterinya sangat memahami situasi yang sedang berlaku dan memilih untuk tidak menyalahkan anak-anak mereka yang masih kecil.
"Isteri saya kata, bukan salah kami jika video itu tersebar. Dia juga pesan supaya saya tidak terlalu stres memikirkan tentang perkara itu. Dia tahu saya sudah sedaya upaya menjaga maruah dia," jelasnya.
Pada masa sama, Prince Syed juga mengakui selepas video itu tersebar, dia sedikit terkesan berbanding isterinya yang dilihat lebih positif dalam menghadapi ujian berkenaan.
“Allah S.W.T dah tentukan kejadian yang macam ini terjadi. Kita juga sebagai manusia tidak boleh sangkalkan kejadian ini berlaku.
“Isteri saya terlalu positif untuk semua perkara. Lain dari saya kerana saya ni seorang yang cepat down,” kongsinya.
Meskipun isterinya memilih untuk kekal tenang, Prince Syed berkongsi bahawa isterinya sedikit terkilan kerana penyebaran video tersebut melibatkan maruah dirinya.
“Isteri saya ada bercakap kepada saya yang dia sedikit terkilan video tersebut tular kerana itu merupakan maruah dia tapi dia reda kejadian itu berlaku.
“Nak marah anak anak juga tidak boleh sebab mereka masih kecil. Jadi, kalau cakap lebih lebih pun bukanlah mereka memahami sangat mampu nasihat sahaja,” ujarnya.
Bagaimanapun, Prince Syed Shahid dan isterinya reda atas apa yang terjadi dan menegaskan bahawa penularan video tersebut bukanlah seperti dakwaan segelintir netizen yang menyangka mereka sengaja mahu meraih perhatian.
“Kita sebagai orang dewasa, kita lalui juga. Yang pasti kami tidak melakukan apa yang dikatakan netizen dimana mereka menyangka kami sengaja mengeluarkan video tersebut,” tegasnya.
Terdahulu, tular sebuah video memaparkan Fatin Syazwani tidak bertudung ketika berada di sebuah salun dan mendapatkan khidmat dandanan daripada seorang pendandan lelaki, sekali gus mengejutkan ramai pihak.
BERITA BERKAITAN: Niat Murni Disalah Erti, Prince Syed Pulangkan Semua Duit Sumbangan - “Tergantung Roh Saya Nanti Sebab…”
BERITA BERKAITAN: Lepas Geram! Prince Syed Berhabis Hampir 1 Juta Beli Barang Kemas Untuk Isteri Sempena Raya - “Nilai Tak Penting, Jasa Isteri Lebih…”
BERITA BERKAITAN: Berhabis RM15,000 Hanya Untuk Lace, Netizen Tak Sabar Nak Tunggu Hasil Tangan Prince Syed Buat Isteri - “Tak Sabar Nak…”
BERITA BERKAITAN: Prince Syed Minta Netizen Berhenti Bagi Komen Negatif, Dedah Che Ta Tak Suka Main Bab Duit - “Dia Bukan Orang Yang Suka…”
Must-Watch Video