Laman Utama

Terlerai Resah! Ebit Lew Akhirnya Muncul Semula Di Media Sosial Selepas 2 Minggu 'Hilang'

Asraf Aided
12/06/2021
03:27 MYT
Pendakwah kesayangan ramai, Ustaz Ebit Lew akhirnya muncul selepas dua minggu tidak berkongsi perkembangannya.
Menerusi sebuah entri di Instagram sebentar tadi, Ebit mengatakan keadaannya di sana baik-baik sahaja.
"Doakan ya, Alhamdulillah semua dalam keadaan baik, semoga menjadi asbab kebaikan," tulisnya sebagai kapsyen.
Perkongsian itu mendapat perhatian ramai netizen di ruangan komen.
Rata-ratanya mengucapkan syukur dan mendoakan agar urusan Ebit di negara itu dipermudahkan.
Terdahulu, kali terakhir Ebit mengemas kini Instagramnya adalah pada 27 Mei lalu.
Perkara itu sekaligus membuatkan orang ramai bimbang kerana Ebit sebelum ini merupakan seorang yang aktif memberikan perkembangan mengenai aktiviti kemanusiaan yang dilakukan.
Sebelum ini, Ebit dilaporkan berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu untuk menjayakan misi bantuan kemanusiaan dengan menyampaikan sumbangan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat serangan Israel.
Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata pendakwah berkenaan ke Mesir untuk misi tersebut bermula 25 Mei hingga 30 Mei 2021.
Walaubagaimanapun, tidak pasti sama ada Ebit Lew sudah masih berada di Mesir ataupun sudah memasuki Gaza.
Sama-sama kita doakan yang terbaik buat hero kesayangan ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Adidas Mohon Maaf Pada Bella Hadid - "Kami Melakukan Kesilapan Yang Tidak Disengajakan"

gempak
25/07/2024
02:30 MYT
Syarikat pakaian sukan berpangkalan di Jerman, Adidas memohom maaf kepada supermodel terkenal berdarah campuran Palestin, Bella Hadid.
Hiburan

Diperakui Badan Antarabangsa, Fazura Akan Terus Bersuara Isu Negara Palestin - “Itu Adalah Jihad Kecil Saya..”

gempak
23/07/2024
16:00 MYT
Seringkali aktif dalam menyuarakan hal berkaitan negara Palestin, pelakon Fazura tidak terkesan sekiranya kurang mendapat tawaran bekerjasama jenama internasional.
Gaya Hidup

Digugurkan Dari Kempen Kasut Retro, Bella Hadid Upah Peguam Saman Adidas

gempak
22/07/2024
10:25 MYT
Supermodel terkenal berdarah campuran Palestin, Bella Hadid dilaporkan mengupah sepasukan peguam untuk menyaman syarikat pakaian sukan berpangkalan di Jerman, Adidas.
Gaya Hidup

Adidas Gugurkan Bella Hadid Daripada Kempen Kasut Retro Munich 1972

gempak
19/07/2024
16:55 MYT
Adidas pada Jumaat menggugurkan model pro-Palestin, Bella Hadid, daripada kempen pengiklanan untuk kasut retro Olimpik Munich 1972, yang dibayangi oleh pembunuhan beramai-ramai atlet Israel.
Viral

Dapat Bantuan RM1,500, Netizen Tak Puas Hati Wanita Tak Mahu Bekerja Sebab Selesa Minta Sedekah - "Ini Bukan Miskin Tapi Pemalas!"

gempak
09/07/2024
05:25 MYT
Isu meminta sedekah bukanlah sesuatu permasalahan yang baharu di negara ini. Walaupun ada segelintir peminta sedekah telah pun diberi bantuan, akan tetapi perbuatan tersebut masih dilakukan dek kerana kedegilan pihak itu sendiri.