Jaguh badminton negara Datuk Wira Lee Chong Wei berkongsi pengalamannya menjalani latihan ketika berpuasa bersama rakan sepasukan beragama Islam.

Kata Chong Wei, momen paling diingati apabila mereka terpaksa berlari 12 kilometer di balapan ketika panas terik di bulan Ramadan.

"I selalu ingat time masih belasan umur, baru masuk Bukit Jalil.

"Bulan puasa. Training penat gila. Matahari terik gila. Coach time tu tak tahu lah kenapa, gaduh ngan bini atau kalah stok market, marah sajer hari tu.

"Bawa team pemain pelapis termasuk saya pergi trek balapan. Suruh lari 12 km terus. Punyerlah panas....

"Sambil I lari I toleh belakang, hati kesian kat teammate muslim H yang usia jambu mcm I. Tanya dia, ok tak? Dia jawab ok walaupon muka pucat.

"Lepas habis 12km, tercangkung penat kat corner stadium, minum air sambai basahkan muka sebab panas. H pon sampai.

"Ingtkan nak minta air, kita pon standby nak hulur. Tapi dia hanya senyum, basuh muka dan beransur balik ke hostel. Respek sangat." kongsi Chong Wei.



Lebih mengharukan apabila Chong Wei menemani rakannya itu untuk berbuka puasa bersama-sama.

"Masa buka puasa bersama, terlihat wajah “kepuasan” H apabila terdengar azan. Respek I untuk dia sampai sekarang tak luntur," tambahnya.

Chong Wei turut merakamkan ucapan khas sempena kedatangan bulan Ramadan dalam keadaan negara masih melalui tempoh PKP.

"Happy Ramadan kepada semua umat Islam seluruh dunia, terutamanya di Malaysia. Bulan puasa 2020 memang special. I pasti semua rakyat Malaysia akan ingat selama-lamanya, dan dicerita kepada anak-anak cucu-cucu nanti masa akan datang.

"Walaupun I tidak mengamalkan ibadat puasa, tapi I harap kawan-kawan sumer dapat berpandangan positif berpuasa MCO kat rumah dengan keluarga tersayang.

"Bersyukur kerana ramai yang tidak dapat bersama keluarga akibat Covid19 ni.

"Selamat Berbulan Puasa, kawan-kawan semua! Bersama Kita pasti menang!" katanya.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!