Hiburan

Terlupa Basuh Cili Kering dalam Ikan Pekasam, Ryzal Jaafar Terima Kecaman Netizen - “Salah Saya Sebab Abaikan Kebersihan”

gempak
Ernalisa
27/12/2024
04:55 MYT
Sponsor Banner
Terlupa Basuh Cili Kering dalam Ikan Pekasam, Ryzal Jaafar Terima Kecaman Netizen - “Salah Saya Sebab Abaikan Kebersihan”
Gara-gara dalam keadaan ‘terkejar-kejar’, pelakon Ryzal Jaafar mengakui dia terlupa untuk membasuh cili kering dalam ikan pekasam yang dimasaknya baru-baru ini.

BERITA BERKAITAN: Suami Dituduh Buat Lawak 'Double Meaning', Maryam Mohon Maaf - "Saya Dah Tegur Dia"

BERITA BERKAITAN: Didik Anak Jangan Membazir, Netizen Puji Cara Maryam Younarae ‘Pujuk’ Rina Diana Menangis Nak Patung Lagi - “Kalau Nak Beli 10 Pun Mampu, Tapi Dia…”

Ryzal tampil menjelaskan keadaan sebenar selepas video masakan ikan pekasam menjadi cercaan netizen yang mempertikaikan tindakan pelakon itu tidak membasuh cili kering di dalam plastik yang digunakan dalam masakan itu.
Tidak marah mahupun berkecil hati dengan netizen, malah Ryzal berkata, dia berterima kasih dan memandang positif dengan teguran mahupun kutukan yang diterima.
"Mula-mula memang saya ralat sebab makin hari makin ramai yang mengutuk saya. Tapi saya sentiasa bersangka baik dan memang khilaf saya.
"Terima kasih sangat-sangat kerana jadi netizen yang prihatin. Saya ambil sudut positif, yang kita memang perlu jaga kebersihan untuk kesihatan kita.
“Terima kasih pada semua. Saya mengaku salah saya sebab abaikan kebersihan. Kebetulan saya 'cekup' cili kering dalam plastik dan terang-terang memang ramai nampak. Memang silap saya.

"Tetapi saya memang tak sengaja sebab masa agak suntuk. Waktu itu saya di salon rambut, jadi waktu makan agak limited kerana pelanggan agak ramai. Nak cepat. Jadi memang saya sumbat saja,” katanya kepada Gempak.

Baru-baru ini Ryzal teruk dikecam apabila netizen menganggapnya 'pengotor' kerana tidak membasuh cili kering dalam bahan masakan berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen laman sosial TikTok artis lelaki itu, pengikutnya menasihatkan Ryzal supaya membasuh terlebih dahulu cili berkenaan kerana bimbang ada tahi tikus.
"Ya Allah dik kenapa tak dibasuh cili kering dulu. Kalau akak, berkali-kali akak basuh.

"Bukan apa, takut ada tahi tikus pada cili tu," katanya.

Kata Zueisigs pula memberitahu, dia secara tidak sengaja teringat satu video melibatkan tikus di longgokkan cili kering.
"Tiba-tiba teringat video tikus sebanyak tidak di cili kering," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024