Agak marah hero badminton negara, Datuk Lee Chong Wei tentang perangai segelintir rakyat Malaysia yang kurang prihatin dengan orang lain. Perkara tersebut dikongsi beliau di Instagram miliknya.

"Dua hari lepas, ada khabar angin restriction order berkenaan coronavirus ni. So Mew Choo pun suruh pergi beli apa yang patut untuk 2 minggu ni.

"Wife add maths lagi terrer, so ikut shopping list wife. Family 4 orang, ayam 5 ekor, beras 1 bag, sayur 2 minggu, Maggie 2 pack, telor 2 dozen, buah, toilet paper 1 bag," tulis Datuk Lee Chong Wei.

Menurut Lee Chong Wei, apabila tiba di pasaraya, terlalu ramai orang yang berlumba-lumba seperti ada marathon troli.

"Tapi time I sampai supermarket, aduhai! Ramainyer auntie dan makcik-makcik, macam lumba marathon trolly! Kalah Khairul Jantan! Nasib baik sempat lagi kumpul shopping list wife.

"Tapi toilet paper I terlambat. Ternganga I tengok mamat depan I tapao 10 bag tisu jamban! Banyaknyer jxxxr kat rumah. (Toilet papers are important during previous pandemic period due to unclean water and psychological effect)," tulis Chong Wei lagi.

Katanya, dia bernasib baik kerana ada sahabat yang tinggal berhampiran sudi memberikan satu bag kertas tandas kepadanya.

Tambahnya lagi, selepas itu semakin ramai orang menyerbu dan dia terpaksa beredar kerana sedar virus Covid- 19 mudah merebak.

"Kawan sekalian, saya berharap agar jangan cemas menghadapi krisis ini. Simpanlah makanan tapi berpatutanlah bilangannya.

"Dan I minta tolong semua duduk di rumah jgn keluar sementara ni. Jangan balik kampung macam cuti raya. Ko mungkin ok, tapi yg mati nanti orang tersayang," pesan beliau.

Lee Chong Wei percaya mimpi ngeri ini akan berakhir dan memohon agar semua orang tidak panik.

Beliau mengharapkan sebagai rakyat Malaysia tak kira bangsa dan agama, agar berganding bahu, bertolak ansur, tolong menolong, supaya hari yang berakhirnya mimpi ngeri akan segera sampai.

"Kepada frontliners, para doctor, missi, kakitangan hospital dan juga cashier pasaraya yang terus berkhidmat dalam masa ini. Terimalah tunduk kehormatan dari saya!

"Cara paling baik kita membalas budi dan menyumbang kembali adalah dengan #STAYHOME," tulisnya menggunakan tanda pagar Duduk Di Rumah.

Dua hari lepas, ada khabar angin restriction order berkenaan coronavirus ni. So Mew Choo pon suruh pergi beli ape yg patut untuk 2 minggu ni. Wife add maths lagi terrer, so ikot shopping list wife. Family 4 orang, ayam 5 ekor, beras 1 bag, sayur 2 minggu, Maggie 2 pack, telor 2 dozen, buah, toilet paper 1 bag. Tapi time I sampai supermarket, aduhai! Ramainyer auntie2 makcik2, macam lumba marathon trolly! Kalah Khairul Jantan! Nasib baik sempat lagi kumpul shopping list wife. Tapi toilet paper I terlambat. Ternganga I tgk mamat depan I tapao 10 bag tisu jamban! Banyaknyer jubur kat rumah. (Toilet papers are important during previous pandemic period due to unclean water and psychological effect) Datang suatu suara menyeru dari belakang, ”Lee, nah amik bag ni. I terambik 2. Tadi tgk sumer rebut tapao wa pon terikot amik extra, ntah kenape, bukan I pakai untuk basuh pon!“ Dia Nazir, sahabat yang tinggal berhampiran. Kita tergelak and catch up sket. Selepas tu, makin ramai gangster trolly serbu, I pon terus cabut, sebab I tau virus ni merebak mudah. Kawan sekalian, saya berharap agar jangan cemas menghadapi krisis ini. Simpanlah makanan tapi berpatutanlah bilangannya. Dan I minta tolong semua duduk di rumah jgn keluar sementara ni. Jangan balik kampong macam cuti raya. Ko mungkin ok, tapi yg mati nnt orang tersayang. Percayalah, mimpi ngeri ini akan berakhir. Jangan panic. Kita warga Malaysia tak kira bangsa dan agama berganding bahu, bertolak ansur, tolong menolong, hari itu akan sampai dengan lebih cepat. Kepada frontliners, para doctor, missi, kakitangan hospital dan juga cashier pasaraya yang terus berkhidmat dalam masa ini. Terimalah tunduk kehormatan dari saya! Cara paling baik kita membalas budi dan bersumbang, is to #STAYHOME #JUSTSTAYATHOME #STAYHOMESAFELIFES #WEAREMALAYSIAN #MALAYSIABOLEH

A post shared by Datuk Wira Lee Chong Wei (@leechongweiofficial) on