Laman Utama

Terpaksa Batal Konsert ‘Last Minute’ Kerana COVID-19, Adele Menangis Teresak-esak

gempak
Azwa Rahman
21/01/2022
07:40 MYT
Sponsor Banner
Terpaksa Batal Konsert ‘Last Minute’ Kerana COVID-19, Adele Menangis Teresak-esak
Penyanyi Adele meluahkan rasa sedih hingga menitiskan air mata apabila konsert Las Vegas Residency anjurannya yang dijadualkan berlangsung pada esok, 21 Januari (waktu Amerika Syarikat) terpaksa dibatalkan.
Adele memaklumkan pembatalan konsert dalam tempoh 24 jam sebelum persembahan itu terpaksa dilakukan berikutan separuh daripada pasukannya dijangkiti virus COVID-19.
Menerusi laman sosial Instagram, Adele atau nama sebenarnya Adele Laurie Blue Adkins, 34, mengumumkan berita sedih itu menerusi satu hantaran video.
“Saya betul-betul minta maaf. My show ain’t ready (persembahan saya belum sedia). Pihak kami dah mencuba segala yang termampu untuk mengadakan persembahan seperti waktu dirancang.
“Bagaimanapun, semuanya telah dihancurkan oleh kelewatan penghantaran dan COVID-19.
“Separuh kru dan pasukan saya dijangkiti COVID. Mereka masih belum sembuh. Mustahil untuk mengadakan persembahan. Dan, saya tak boleh beri apa yang saya pada diri saya sekarang,” jelasnya sambil menahan kesedihan.
Di samping itu, Adele dengan rendah hatinya turut memohon maaf dan berjanji akan mengumumkan satu tarikh baharu untuk semua persembahan Las Vegas Residency anjurannya.
“Saya minta maaf perkara ini sangat ‘last minute’. Pihak kami tak boleh lelap sejak lapan jam lalu nak selesaikan masalah ini tapi memang tiada masa.
“Saya sangat terkilan dan sangat-sangat malu. Maaf buat mereka yang terpaksa travel lagi.
“Pihak kami akan menjadualkan semula semua tarikh persembahan. Saya akan selesaikan persembahan dan akan buat apa yang sepatutnya,” ujarnya. .
Pelantun lagu Easy On Me itu sepatutnya memulakan persembahan Las Vegas Residency di Caesars Palace, Las Vegas, Amerika Syarikat pada 21 Januari 2022 (esok).
Namun segala persiapan konsert terpaksa dibatalkan dan ditangguhkan pada satu tarikh baharu selepas semuanya reda kelak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024