Terpaksa Batalkan Show, Ari Lasso Dikejarkan Ke Hospital

Amri Hassan
Oktober 26, 2018 02:15 MYT
Bekas vokalis band Dewa 19, Ari Lasso terpaksa dikejarkan ke hospital malam kelmarin akibat sakit belakang.
Difahamkan insiden cemas itu terjadi ketika Ari, 45, sedang menantikan giliran untuk membuat persembahan sempena sebuah festival di Palembang, Indonesia.
Bagaimanapun, keadaan Ari kini stabil dan beransur-ansur pulih.
"Sepanjang karier, malam tadi adalah pertama kali membatalkan show kerana sebuah kondisi yang tidak memungkinkan.
"Terima kasih kerana mengerti dan Once Mekel yang sanggup menggantikan saya.
"Untuk pengetahuan semua, sakit belakang saya kembali menjadi lebih teruk dan kini dirawat dengan baik.
"Sedikit-sedikit berkurang sakitnya," tulisnya menerusi Instagram.
Peminat yang prihatin dengan keadaan terkini penyanyi yang popular dengan lagu Rahasia Perempuan itu mendoakan kesihatannya agar kembali pulih.
#Sakit #Indonesia #Sakit #Ari Lasso