Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

“Terpaksa Berangkut Anak, Tumpang...”- Kisah Fasha Sandha 3 Hari Gangguan Bekalan Air

Syafiqah Jalal 07/09/2020 | 10:00 MYT
Pelakon Fasha Sandha mendedahkan dia tidak terkecuali dari terkena gangguan bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur sejak beberapa hari lalu.
Menurut Fasha dia terpaksa membawa anak-anaknya ke bilik hotel milik kenalannya yang juga usahawan kosmetik, Rita Sosilawati.
“Kisah 3 hari tanpa bekalan air. Terpaksa berangkut anak tumpang di hotel mommy Rita,” katanya.
Fasha berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Fasha memuat naik foto sepanjang berada di sana.
Pun begitu, Fasha tetap bersyukur kerana dugaan kecil itu ada hikmahnya.
“Alhamdulillah dugaan kecil yang membawa hikmah. Terima kasih keluargaku,” katanya lagi.
Fasha mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aidil Aziz pada 30 Mac 2019 dan mereka dikurniakan cahaya mata Aisha Amaira yang baru berusia sebulan
Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli namun bercerai pada 206.
Hasil perkahwinan pertamanya, Fasha dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Putra Rayfal dan Puteri Raysha Jemyma.

Kisah 3 hari tanpa bekalan air. Terpaksa berangkut anak tumpang di hotel mami Rita? Alhamdulillah dugaan kecil yang membawa hikmah. Terima kasih Family ku.. ?

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

;