Terpaksa Berdikari Semasa PKP, Zamaera: “Ketika Itu Saya Sedar Peranan Ibu Sangat Besar…”
Fiza Kamarudin
11/01/2022 13:24 MYT
11/01/2022 13:24 MYT
Penyanyi Zamaera mengakui lebih menghargai hubungan dengan ibunya selepas cuba belajar hidup berdikari dan tinggal seorang diri.
Menurut Zamaera, dia mula tinggal sendiri pada awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu dan ketika itu dia mula sedar tentang kehebatan seorang ibu.
“Saya kagum dengan semangat ibu, tambah-tambah lagi apabila menguruskan hal-hal di rumah. Bila saya tinggal sendiri dan buat semua kerja-kerja rumah sendiri, saya dah mula rasa “macam mana ibu buat semua kerja ni hari-hari…”
“Saya kagum dengan ibu. Ibu-ibu kita semua bertungkus lumus menyediakan semua untuk kita demi memastikan kita dapat yang terbaik.
"Secara tak langsung, saya memperbaiki hubungan dan menjadi lebih akrab dengan ibu. Tidak dinafikan bapa adalah kawan baik saya, namun bukan semua perkara boleh dikongsikan bersama kerana perbezaan jantina," katanya.
Berkongsi mengenai perkembangan kerjaya, Zamaera atau nama sebenarnya, Sharifah Zamaera Al Edros Syed Zafilen tampil dengan album berjudul Mixtape 'Heart Break To Heal'.
Album yang mengandungi 11 lagu iaitu enam lagu Bahasa Inggeris dan empat (Bahasa Melayu) serta sebuah 'Interlude' itu merungkai kisah yang berlaku dalam hidupnya.
Zamaera berkata, dia pernah derita dan sedih gara-gara bekas kekasihnya, namun tidak pernah wujud perasaan marah.
"Saya terjemahkan kisah hidup saya dalam album ini yang menceritakan tentang cinta, kehilangan, pemulihan dan jumpa semula diri saya.
"Saya sudah melalui fasa derita, sedih dan pada ketika itu saya tidak berasa marah kepada bekas kekasih lagi kerana saya lepaskan apa yang sudah berakhir.
"Mixtape Heart Break To Heal mempunyai cerita tersendiri. Malah, perkataan 'heartbreak' dijarakkan menjadi 'heart break' kerana bukan saja hati saya perlu pulih, tetapi ia perlu masa juga untuk sembuh.
"Kesemua lagu yang terkandung dalam Mixtape disusun mengikut aturan kronologi hidup saya," katanya.