Terpaksa Pajak Telefon Bimbit RM80 Untuk Beli Makanan
Gempak
22/09/2024 18:55 MYT
22/09/2024 18:55 MYT
"Kami terputus bekalan makanan sejak dua hari lalu hingga saya terpaksa pajak telefon bimbit untuk mendapatkan RM80 bagi membeli barang dapur," kata Norazifa Othman, 40.
Norazifa berkata, sejak diserang angin ahmar hampir sebulan lalu, dia tidak mampu bekerja sebagai tukang urut malah suaminya yang bekerja sebagai penghantar barang juga terpaksa mengambil cuti bagi memberi penjagaan kepadanya serta anak.
Dia berkata, akibat diserang angin ahmar, daya penglihatannya terutama mata kanannya terjejas serta anggota badan lemah hingga membataskan pergerakan.
Menurutnya, dia mengalami angin ahmar berpunca daripada tekanan darah tinggi yang dipercayai akibat kurang berehat selain pemakanan tidak seimbang.
Katanya, selain memberi jagaan kepada anak bongsu, Muhammad Farhan Imran Mohd Fauzi, 5, yang lumpuh, dia juga menawarkan perkhidmatan urutan badan bagi wanita.
"Sebelum ini, suami, Mohd Fauzi Haron, 49, membantu saya memberi penjagaan kepada Muhammad Farhan ketika saya keluar bekerja.
"Upah mengurut amat membantu saya meringankan beban keluarga manakala bantuan daripada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejumlah RM1,000 digunakan sepenuhnya untuk keperluan Muhammad Farhan termasuk pembelian lampin pakai buang dan ubat," katanya.
Norazifa berkata, anak sulung, Fatin Nur Azwani, 16, masih belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Bandar Seri Alam, Masai, Johor Bahru.
Menurutnya, anak kedua, Muhammad Faiz Irfan yang menghidap Palsi Serebrum meninggal dunia pada usia 12 tahun akibat Covid-19 pada tiga tahun lalu."Saya tidak sangka nasib kami seperti jatuh ditimpa tangga apabila saya diserang angin ahmar hingga mengakibatkan saya tidak mampu memberi penjagaan sempurna kepada Muhammad Farhan.
Diserang Angin Ahmar
Norazifa berkata, sejak diserang angin ahmar hampir sebulan lalu, dia tidak mampu bekerja sebagai tukang urut malah suaminya yang bekerja sebagai penghantar barang juga terpaksa mengambil cuti bagi memberi penjagaan kepadanya serta anak.
Dia berkata, akibat diserang angin ahmar, daya penglihatannya terutama mata kanannya terjejas serta anggota badan lemah hingga membataskan pergerakan.
Menurutnya, dia mengalami angin ahmar berpunca daripada tekanan darah tinggi yang dipercayai akibat kurang berehat selain pemakanan tidak seimbang.
Katanya, selain memberi jagaan kepada anak bongsu, Muhammad Farhan Imran Mohd Fauzi, 5, yang lumpuh, dia juga menawarkan perkhidmatan urutan badan bagi wanita.
"Sebelum ini, suami, Mohd Fauzi Haron, 49, membantu saya memberi penjagaan kepada Muhammad Farhan ketika saya keluar bekerja.
"Upah mengurut amat membantu saya meringankan beban keluarga manakala bantuan daripada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejumlah RM1,000 digunakan sepenuhnya untuk keperluan Muhammad Farhan termasuk pembelian lampin pakai buang dan ubat," katanya.
Norazifa berkata, anak sulung, Fatin Nur Azwani, 16, masih belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Bandar Seri Alam, Masai, Johor Bahru.
Menurutnya, anak kedua, Muhammad Faiz Irfan yang menghidap Palsi Serebrum meninggal dunia pada usia 12 tahun akibat Covid-19 pada tiga tahun lalu.
"Saya tidak sangka nasib kami seperti jatuh ditimpa tangga apabila saya diserang angin ahmar hingga mengakibatkan saya tidak mampu memberi penjagaan sempurna kepada Muhammad Farhan.
"Kini suami perlu menjaga kepada kami berdua kerana selain mata saya bermasalah, pergerakan saya juga bukan seperti dulu kerana kaki menjadi lemah.
"Doktor Hospital Sultanah Aminah (HSA) mengesahkan saya mengalami darah beku di otak dan berisiko diserang angin ahmar kali kedua.
"Buat masa ini saya memang perlu berehat dan kami tiada pilihan melainkan memajak telefon bimbit saya bagi mendapatkan wang RM80 pada hari ini," katanya.
Nor Azifa akui wang hasil pajak telefon berkenaan tidak mampu menampung perbelanjaan pembelian barangan bagi anak perempuannya untuk dibawa ke asrama.
"Dia tidak memiliki wang belanja namun anak saya sabar dan menyatakan memahami situasi keluarga serta hari ini dia pulang ke asrama.
"Hati saya memang berat memikirkan nasibnya namun hanya mampu berdoa supaya Allah membuka rezeki bagi keluarga kami.
"Saya harap dapat sembuh dengan cepat dan kembali bekerja sebagai tukang urut bagi meringankan beban keluarga," katanya yang tinggal di Blok G, tingkat 4, Jalan Rawa 1, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Perling, Johor Bahru.
Orang ramai yang boleh menyalurkan bantuan kepada Nor Azifa menerusi akaun milik Norazifa di Bank Simpanan Nasional (BSN) di 0113541100018447 atau hubungi talian 017-364 6326.
Sumber: Harian Metro