gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Kurang 48 Jam! Bintang Mana Yang Bakal Dinobat Sebagai Juara
HIBURAN
Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton Menang Pingat Emas & Gangsa Di Anugerah Appies 2025
BERITA
Kubur Allahyarham Zara Qairina Akan Digali Secepat Mungkin - Saifuddin Nasution
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Terpalit Isu Panas! CUCKOO Malaysia Gantung Aktiviti Promosi Libatkan Kim Soo Hyun

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
22/03/2025
04:25 MYT
Sponsor Banner
Terpalit Isu Panas! CUCKOO Malaysia Gantung Aktiviti Promosi Libatkan Kim Soo Hyun
Susulan kontroversi yang melanda, Jenama Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator), CUCKOO International (MAL) Sdn. Bhd. (CUCKOO) mengumumkan keputusan untuk menggantung semua aktiviti promosi baharu yang melibatkan duta jenama mereka iaitu pelakon Korea, Kim Soo Hyun,
Menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan, pihak CUCKOO Malaysia menjelaskan mereka sedang mengikuti rapat perkembangan isu tersebut dengan teliti dan memahami padangan orang ramai berkenaan isu tersebut.
"Memandangkan isu yang melibatkan Kim Soo Hyun masih berlanjutan tanpa penyelesaian segera, kami percaya bahawa langkah terbaik untuk kepentingan pemegang taruh serta keutamaan perniagaan semasa adalah untuk bertindak dengan jelas.
"Setelah melalui pertimbangan yang teliti, kami telah membuat keputusan untuk menggantung semua aktiviti promosi baharu melibatkan artis tersebut," maklumnya.
Bagaimanapun, CUCKOO Malaysia menegaskan bahawa mereka kekal komited dalam memelihara nilai integriti dan kepercayaan yang menjadi teras jenama mereka, selain terus berusaha untuk menyediakan penyelesaian bagi mewujudkan kediaman yang lebih sihat untuk semua.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira dengan keputusan yang diambil oleh syarikat itu.
“Good job cuckoo malaysia ...ini yg kita nak.
“GREAT MOVE! THANK YOU.
“Good job cuckoo malaysia!
“Takpe korangg Duta Cuckoo Malaysia masihh adaa,” kata netizen.
Terdahulu, saluran YouTube Hoverlab mendakwa bahawa Soo Hyun menjalin hubungan dengan mendiang Kim Sae Ron ketika dia masih di bawah umur.
Hoverlab mendakwa pasangan itu bersama selama enam tahun, bermula ketika Sae Ron berusia 15 tahun dan Soo Hyun berusia 27 tahun.
Sehari selepas dakwaan tersebut, saluran itu turut mendedahkan gambar Soo Hyun mencium pipi Sae Ron, mencetuskan lebih banyak spekulasi dalam kalangan peminat.
Namun, Gold Medalist menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebaran maklumat palsu.
Untuk info, Kim Sae Ron yang merupakan bintang filem The Man from Nowhere dan The Neighbors, ditemui meninggal dunia di rumahnya bulan lalu pada usia 24 tahun.
Topic Berkaitan
#Kim Soo Hyun
#Duta CUCKOO
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement