Isteri kepada bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad iaitu Ina Naim akui dia langsung tidak terkesan dengan kecaman dan kritikan netizen apabila membabitkan Suhaimi.

Menurut Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim, 37, suaminya sentiasa berkongsi apa jua yang dilakukan.

“Termasuklah mengenai tawaran perkhidmatan urut dalam di beberapa platform antaranya aplikasi mencari pasangan sejenis.

"Untuk kecaman atau apa-apa yang negatif, saya memang tak pernah ambil kisah.

“Saya dengar dan baca tapi tak simpan dalam hati. Dari awal saya popular dahulu, memang tak pernah ambil pusing hal-hal macam ini,” katanya.

Jelas Ina, apa yang dilakukan oleh Suhaimi juga akan semuanya akan diberitahu kepadanya.

"Dia memang tiada rahsia langsung dengan saya. Apa yang dia buat, dia akan jujur cerita dengan saya.

“Semua aplikasi yang dia buat untuk khidmat urut, dia akan tunjuk dekat saya.

"Netizen yang suka kecam tu, satu hari nanti Allah akan uji hidup mereka.

“Tak pun di akhirat kelak. Apa yang boleh kita buat adalah berdoa dan serah kepada Allah,”katanya.

Terdahulu, menerusi laporan sebuah portal hiburan baru-baru ini, Suhaimii didakwa terkait dengan kontroversi menawarkan khidmat songsang kepada pelanggan menerusi tangkapan skrin perbualan perkhidmatan urut.

Perbualan itu dipercayai dikongsikan menerusi aplikasi mencari pasangan sejenis.

Lebih mengejutkan, selain menawarkan urut batin lelaki itu juga didakwa mengenakan bayaran sebanyak RM100 sekiranya ingin menghisap kemaluannya.

Suhaimi kemudian menafikan khabar angin mengaitkannya dengan servis seks sesama lelaki.

BACA : "Stop Gosip Gayboy & Tuduhan Servis Isap K***" - Suhaimi Saad Mengaku Mengurut, Nafi Rogol Lelaki