Terpanggil Jadi Sukarelawan Di Sabah, Dr. Say Berdepan Pelbagai Dilema... "Sebulan Berpisah, Terganggu Plan Kami Merancang Cahaya Mata"

Amri Hassan
Oktober 13, 2020 06:46 MYT
Pengacara My Doktor, Dr. Say Shazril mengakui serba salah untuk menerima tawaran berkhidmat sebagai sukarelawan di Sabah.
Jelas Dr. Say, situasi semasa keluarganya membuatkannya berat hati untuk berpisah selama sebulan.
"Sebagai seorang freelance doktor, saya punyai banyak masa terluang. Baru-baru ni @mercymalaysia mesej menyatakan mereka memerlukan sukarelawan untuk membantu keadaan di Sabah.
"Semestinya saya rasa terpanggil untuk membantu, maka terus saya mesej mereka. Jawapan mereka “kali ni berbeza, 2 minggu akan ke sana & 2 minggu seterusnya akan dikuarantin di hotel”. Terduduk saya mendengarnya.
"Saya serius okey 2 minggu ke sana. Yang sedikit berat adalah 2 minggu dikuarantin di hotel.
"Pertama, bini saya tengah sambung belajar maka sedikit sukar untuk dia menghantar dan menjemput Ace dari sekolah.
"Kedua, saya dan bini merancang untuk menimang cahaya mata kedua maka jika sebulan berjauhan, sedikit terganggu plan kami.
"Ketiga, sebulan saya takkan jumpa Ace dalam erti lain sebulan tiada story Ace, pishang followers saya nanti," tulis Dr. Say di Instagramnya.
Pada masa sama, kedua-dua ibu bapanya juga sukar untuk melepaskannya bertugas sebagai sukarelawan di Sabah.
"Kalau saya tanya kedua-dua ibu bapa saya semestinya mereka berat untuk lepaskan saya sebab bini saya pun berfikiran begitu.
"Tapi tak sedap hati rasanya jika duduk diam tak membantu negara.
"Saya dah tanya “tak perlukan sukarelawan di Semenanjung ke?”. Kata mereka Semenanjung masih terkawal," tambahnya.
Situasi Dr. Say itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata menggalakkannya untuk berkhidmat sebagai sukarelawan di Sabah.
Namun, Dr. Say terus berdepan dilema apabila isterinya mahukan dia meletakkan diri di posisinya sebagai suri rumah tangga yang punyai pelbagai komitmen.
Instagram: @say_shazril
#Sabah #Dr. Say Shazril #Sukarelawan