Hiburan
"Terpegun Dengan Kualiti & Sinematografi Ada Apa Dengan Dosa" - Trailer Kedua Bikin Netizen Lagi Tak Sabar!
Selepas tayangan trailer pertama filem Ada Apa Dengan Dosa, penonton semakin teruja menunggu tarikh siaran filem yang dijangka pada 4 Jun ini.
Malah, sebaik saja trailer kedua disiarkan di platform YouTube Astro Shaw, penantian itu bagaikan penyeksaan.
Ada yang terpegun dengan suntingan dan teknikal filem Ada Apa Dengan Dosa arahan Rahila Ali ini.
"Pergh trailer pun dah buat kita feeling lain macam," tulis @naezril_malika.
"Perkembangan yang bagus dalam industri filem Malaysia. Kandungan yang baik akan menyentuh hati ramai," puji @muhd_fizrul.
"Mesti sedih ni tak sabarlah nak tengok," sahut @nurhidayah2838.
"Wow! Satu filem yang mesti ditonton oleh semua," saran @izan.ummi.
Malah, ada yang membandingkan kualiti dan mood Ada Apa Dengan Dosa dengan filem Islamik dari Indonesia, 99 Cahaya Di Langit Eropa yang diterbitkan pada 2013.
"Kagum dan terpegun dengan kualiti dan sinematografi, seperti filem 99 Cahaya Di Langit Eropa.
"Ini antara filem yang dinanti-nantikan oleh ramai penonton di Malaysia dan membawa mesej berguna," tulis Faizreen Hamdan.
Ada Apa Dengan Dosa mengangkat kisah seorang ustaz dihantui dosa silam apabila pernah berzina hingga melahirkan anak luar nikah.
Lebih mengejutkan, anak perempuannya itu membesar sebagai seorang yang berfikiran bebas dan tidak mempercayai kewujudan Tuhan hingga mahu membunuh diri.
Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi pelakon, Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.
Ada Apa Dengan Dosa akan ditayangkan di saluran Astro First bermula 4 Jun ini.