Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Terpelanting Sampai Dada Terkena Batu Manakala Kakinya…” - Abang Ustaz Kazim Kemalangan!

Hanafis Haris 08/03/2021 | 00:55 MYT
Abang kepada penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias terbabit dalam satu kemalangan apabila motosikal ditungganginya hilang kawalan, Sabtu lalu.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 12 tengah hari di kawasan bukit Kampung Anak Kurau, Batu Kurau, Perak.

Difahamkan, ketika itu Datuk Mohd Najmuddin Elias sedang dalam perjalanan menyampaikan sumbangan kepada penduduk di situ.

Sumbangan itu disalurkan untuk membantu penduduk mengadakan gotong-royong membina jalan simen.

Menurut Mohd Najmuddin, dia mengalami luka di bahagian kaki dan dada apabila terhempap batu ketika tergelincir.

"Keadaan jalan ketika itu agak licin menyebabkan motosikal ditunggangi gagal menaiki bukit yang agak curam.

"Saya bernasib baik kerana sempat mengelak dari terjatuh gaung, tetapi terpelanting ke kiri jalan menyebabkan bahagian dada terkena batu manakala kaki terkena ekzos,” katanya menerusi satu posting di Facebook.

Jelasnya, dia kemudian terpaksa dibawa turun menaiki pacuan empat roda dan dihantar ke klinik swasta bagi mendapatkan rawatan.

“Setakat malam tadi (Ahad) masih sakit di bahagian dada, namun keadaan stabil," katanya.

Sementara itu menerusi ruang komen, hampir semua netizen mendoakan supaya Mohd Najmuddin segera sembuh dan dapat menyalurkan bantuan.

#Kemalangan #NajmuddinElias #UstazKazim
;