Berita
Terpengaruh Dengan Watak Kartun, Kanak-kanak Terjun Dari Tingkat 10
Seorang kanak-kanak di Suzhou, China cedera selepas terjun dari tingkat 10 menggunakan sekaki payung.
Menurut sumber, kanak-kanak berusia tujuh tahun itu ingin meniru aksi kartun yang ditonton di televisyen.
Dalam siri kartun tersebut, terdapat satu babak salah satu watak kartun menggunakan payung biasa sebagai payung terjun atau parachute.
Walaupun tinggal di tingkat lima, namun disebabkan rumahnya merupakan apartmen duplex dua tingkat, ketinggian itu adalah sama dengan 10 tingkat bangunan biasa.
Setelah dikejarkan ke hospital, doktor berkata kanak-kanak itu berada dalam keadaan stabil.
Namun, apa yang menyebabkan kanak-kanak itu terselamat adalah wayar elektrik yang memperlahankannya ketika sedang jatuh.
Menurut laporan Shanghaiist.com, kejadian yang sama pernah berlaku pada tahun 2013 apabila seorang kanak-kanak tercedera kerana ingin meniru aksi kartun yang ditonton di televisyen.
Sumber : Astro Awani, Shanghaiist.com
Olahan : Izzat Ridzwan